Penipuan Internet Email LindkedIn



Penipuan internet di Malaysia - Baru-baru ini kami terserempak dengan strategi baharu penipuan internet di Malaysia. 

Teknik penipuan adalah dengan menyamar sebagai email dari LinkedIn kemudian meminta anda untuk mengklik pada butang berwarna biru di bahagian tengah email yang akan membawa anda ke website tipu serupa dengan LinkedIn.

Dari pemerhatian kami email tersebut di hantar untuk mengaburi mata pengguna internet juga pengguna internet khususnya bagi mengaburi mata mereka. Tujuan email sebegini di hantar adalah untuk menyamar sebagai website LinkedIn.

Apabila user log masuk ke website mereka maka akibatnya mereka akan memperolehi data-data peribadi bersifat rahsia milik pengguna tersebut. 

Sebagai contoh jika anda sendiri telah log in ke website LinkedIn tipu ni maka akibatnya mereka akan dapat email anda, nama anda, alamat anda juga senarai contacts anda.

Apabila mereka sudah mendapat email anda tidak mustahil penipu tersebut boleh pencah masuk ke email anda. 

Mereka juga akan memperolehi maklumat mengenai akaun laman sosial anda (seperti Facebook, Instagram, LinkedIn) lalu menghantar mesej ke senarai contacts anda.

Dari pemerhatian kami nampaknya email ini di hantar oleh pihak dari Rusia berdasarkan nama domain email. 

Alamat pengirim dari maklumat lengkap email tersebut bukanlah dari website LinkedIn yang sebenar sebaliknya dari pihak lain yang menyamar sebagai LinkedIn. 

Pihak tersebut menaip nama "LinkedIn" di ruang nama pengirim tapi menggunakan alamat email lain iaitu "cshenamd" di bawah domain "timeweb.ru".




Dari semakan kami terhadap country code top level domain tersebut nampaknya ia datang dari website dari negara Russia.

Saranan kami, jika anda pengguna LinkedIn dan anda menerima email sebegini, jangan terus tekan, klik atau sentuh apa-apa butang dalam email tersebut. 

Sebaliknya abaikan saja, buang ke ruang email Spam atau delete terus serta merta.

Website LinkedIn hanya menghantar email kepada pengguna media sosial LinkedIn yang setuju menerima email-email dari pihak LinkedIn sendiri. 

Jika anda bukan pengguna LindkedIn atau tidak pernah membuka akaun di LinkedIn padamkan saja email sebegini.

Ia taktik penipuan untuk mendapat data peribadi anda. Data tersebut boleh digunakan oleh penggodam untuk menjahanamkan data peribadi milik anda.

Untuk lihat apa artikel terbaru kami jemput masuk ke laman utama iAwani blog teknologi.



Lawati laman utama blog iAwani untuk berita teknologi terkini

iAwani Blog Teknologi

info teknologi - perkembangan teknologi masa kini

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama