Latar Belakang Blog Teknologi iAwani

Blog iAwani sekitar Feb 2012


Latar Belakang Blog Teknologi iAwani - Dalam artikel kali ini kami akan bercerita serba sedikit mengenai latar belakang iAwani. Sebenarnya blog iAwani telah di mulakan secara bersendirian oleh pemilik asalnya, Shukry Abdullah, sekitar bulan Oktober tahun 2010.

Dia telah membeli domain iAwani.com pada Oktober 2010 dari penyedia hosting SempoiHosting.com. Shukry mulai terlibat secara serius dalam blogging bermula 3 tahun sebelum itu iaitu sekitar Mac 2007 di blog iMotivasi.com kemudian turut bertindak menjadi paid content writer secara full time untuk beberapa blog-blog lain sepanjang tahun 2008 hinggalah 2010.

Dari segi sejarah penglibatan dalam industri internet Shukry menceburkan diri dalam bidang 'internet marketing' mulai tahun 2005 selepas membaca buku Irfan Khairi bertajuk "Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar" juga selepas selesai membaca buku tulisan Corey Rudl bertajuk "The Insider Secrets To Marketing Your Business On The Internet" dalam tahun yang sama.

Pada mulanya blog iAwani merupakan blog yang banyak bercerita mengenai isu-isu semasa yang berlaku dalam tahun 2010 sekadar untuk mengisi masa lapang si penulisnya. Namun pada November 2011 kandungannya di tukar menjadi teknologi maklumat dan komunikasi di pacu oleh minat si penulis.

Tujuan utama penukaran niche adalah untuk mendirikan sebuah blog teknologi bercerita mengenai perkembangan teknologi masa kini yang memberi berita-berita teknologi dalam bahasa Melayu dari semasa ke semasa.

Idea tersebut di war-warkan kepada dua lagi sahabat baiknya yang mempunyai minat yang sama. Akhirnya mereka juga ingin menyumbang tenaga dan idea sebagai penulis blog iAwani dek kerana minat kepada perkembangan teknologi. 

Kedua-dua sahabat baiknya bekerja sebagai pensyarah separuh masa di OUM Kota Kinabalu di bawah fakulti teknologi maklumat dan komunikasi - dalam masa yang sama juga bertindak sebagai Tutor di institusi pengajian tinggi tersebut.

Pada Disember 2011 penulisan team blog iAwani.con mula menjadi serius. 

Dalam sehari boleh terbitkan 10-20 artikel teknologi memfokus kepada perkembangan teknologi semasa dalam topik teknologi perkomputeran, peranti mudah alih, anti virus, perkembangan syarikat-syarikat teknologi ternama serta apa yang berlaku dalam dunia teknologi di peringkat global.

Populariti iAwani.com cepat menaik.

Pada awal bulan Mac 2012 pihak Admin blog iAwani sudah boleh cash out hasil dari iklan-iklan Google Adsense yang dipaparkan dalam blog iAwani. Iklan Google Adsense baru sahaja di pasang pada awal Januari 2012 sebagai eksperimentasi.

Pada ketika itu juga Google Adsense sudah mula menerima blog-blog dalam Bahasa Melayu. Sebelum ini Google Adsense cuma menerima blog-blog dalam Bahasa Indonesia tetapi tidak menerima kandungan blog dalam Bahasa Melayu dari Malaysia.

Nak cash out duit Google Adsense pun dah jadi cukup senang. Boleh cash out di kaunter Western Union sahaja. Kalau dulu sekitar 2007-2008 kena tunggu cek di pos dari Google di Mountain View, California, yang ambil masa 2 bulan baru sampai ke Malaysia.

Ketika itu blog iAwani menerima kunjungan pembaca rmaai - page view meningkat dalam 2000 hingga 8000 orang sehari khususnya hujung minggu. Itu semua terjadi hasil dari aggregator-aggregator yang banyak menyedut artikel iAwani. 

Pada ketika itu beberapa aggregator web telah mengambil kandungan artikel iAwani lalu di masukkan ke dalam kandungan website mereka.

Aggregator yang banyak menyumbang trafik tinggi ke blog teknologi iAwani pada masa itu adalah Kartikel.com, PingBusuk.com, Blogged.my, Innity milik Nuffnang.com, Apesal.com serta Blogr.my.

PingBusuk.com akhirnya ditukar menjadi Babab.net. Aggregator ini masih lagi ada sehingga ke hari ini dalam bulan Januari 2022.

Masuk ke bulan Mac 2012 (iaitu 12 tahun lalu) populariti blog teknologi iAwani terus meningkat hingga di beri freelance job oleh pihak Lazada juga Zalora untuk menulis review mengenai website mereka. Ketika itu Lazada juga Zalora baru sahaja masuk pasaran Malaysia.

Kenapa iAwani Di Bina

Jawapannya hanya satu - kerana PASSION. Semuanya kerana minat menulis mengenai perkembangan teknologi di sebuah blog untuk menjadi panduan kepada pembaca-pembacanya.

Impian kami adalah memiliki sebuah majalah teknologi online bersifat "user friendly" yang boleh di akses oleh sesiapa sahaja serta boleh di baca oleh sesiapa sahaja dari apa jua peranti.

Pada hari ini dalam bulan Februari 2022 rata-ratanya setiap orang merupakan pengguna smartphone.

Setiap orang menggunakan pengguna setia teknologi. 

Sekurang-kurangnya setiap orang menggunakan handphone serta membawa handphone ke mana-mana di tangan untuk mudah berhubung.

Kami di iAwani minat bercakap mengenai perkembangan teknologi. Sebab kami banyak membaca mengenai perkembangan teknologi.

Maka sebab itulah kami amat suka menghasilkan artikel mengenai perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi - dalam masa yang sama turut serta berkongsi menulis panduan-panduan dalam bentuk "how to".

Dalam sehari saat bangun pagi hal pertama kami buat adalah membaca mengenai perkembangan teknologi melalui feed reader. Antara feed reader yang kami gunakan sekarang adalah Feedly, selepas tu baca lagi kandungan dalam Feedly, selepas tu baca lagi artikel dalam Pocket serta Medium.

Dalam pada itu kerana minat kami turut membaca kandungan blog-blog teknologi dari luar negara iaitu Engadget, The Verge, Slashgear, Gizmodo, Tech Crunch juga UberGizmo. Kalau nak list down semua blog-blog teknologi yang kami baca kat sini memang tidak akan cukup.

So, Kenapa Blogspot?

Soalnya kerana kena bermula semula dari bawah. 

Bermula dari zero tanpa perlu keluarkan duit untuk beli domain, tanpa beli web hosting dan tanpa beli plugin berbayar untuk memantapkan blog.

Sebab kedua kami lebih selesa menghasilkan kandungan di sebuah blog 'biasa-biasa' yang bebas dari hal-hal teknikal juga bebas dari hal-hal maintenance sepertimaan di blog Wordpress. 

Kami hanya mahu menumpu kepada penghasilan kandungan sepenuhnya di dorong oleh passion terhadap perkembangan teknologi.

Blogspot adalah platform penghasilkan kandungan percuma dari Google. Kami pula peminat Google bahkan menggunakan produk-produk Google dalam setiap aktiviti kerja seharian.

Kami guna Google sejak 2006 lagi ketika Yahoo.com masih mendominasi.

Sebelum ini kami ada mempertimbangkan idea nak guna blog percuma Wordpress.com tapi nampaknya Wordpress.com ada banyak kekangan. Tidak macam Blogspot yang lebih banyak bersifat terbuka serta bebas untuk di ubah suai rupa bentuk luarannya.

So dari situ kami terus gunakan Blogspot. Selagi anda menggunakan Blogspot dengan cara berhemah serta tidak bercanggah dengan peraturan Google tiada masalah sebenarnya. 

Walaupun kami memilih Blogspot untuk kami menulis blog teknologi namun kami tetap ada sediakan backup di tempat lain menggunakan website khusus.

Kami juga backup kandungan blog iAwani dari semasa ke semasa di dengan cara download ke laptop untuk simpanan peribadi. Kesilapan di masa lalu menjadi pengajaran kepada kami agar membuat backup dalam apa jua tugasan kerja.

Walau kami berblog di iAwani menggunakan Blogspot sahaja namun kami sudah memiliki lebih dari 50 buah blog-blog Wordpress lain dibina menggunakan hosting berbayar serta domain berbayar. 

Memang sakit kepala nak maintain kesemua blog tersebut lebih-lebih lagi apabila menggunakan plugin berbayar. Tambahan pula kami suda terlibat dengan Wordpress self hosted sejak dari 2007 lagi. 

Masa tu nak install Worpress ke web hosting kena pakai FTP. Kena upload file-file Wordpress satu persatu sampai complete sepenuhnya. Sekitar tahun 2008 barulah adalah ciri '1 click install' untuk pasang Wordpress di akaun web hosting.

Kami mahu menikmati keseronokan menulis mengenai perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Kami mahu menulis di sebuah blog serba minimalis yang membolehkan kami memfokus 100% tenaga kepada penghasilkan artikel blog.

Bagi anda yang baru sahaja berkecimpung dalam bidang penulisan blog kemudian mahu menggunakan Wordpress saranan kami gunakan saja platform itu. 

Tapi anda perlu sediakan wang juga duit untuk membeli domain, membayar jangka hayat domain untuk di tahun-tahun akan datang kemudian sediakan duit untuk membayar sewa web hosting dari setahun ke setahun.

Ada web hosting yang memerlukan penggunanya untuk membayar pada setiap bulan. Jadi jika anda mahu menggunakan self hosted Wordpress sebagai blog sendiri untuk bermula saranan kami pastikan anda mempunyai duit yang cukup. 

Sebagai permulaan pastikan anda kena ada RM150-RM200 hanya untuk mendirikan sebuah blog Wordpress di peringkat permulaan. Oh ya kami akan cerita hal ni di artikel lain nanti.

Itu belum masuk lagi bayaran untuk tambah bandwidth, bayaran untuk pasang theme yang laju dan cantik juga bayaran untuk membeli plugin premium bagi memantapkan lagi blog anda.

Apa Yang Berlaku Pada iAwani Dalam 2014

Ketika awal tahun 2014 seorang individu menawarkan diri untuk membeli iAwani.com dalam jumlah yang kami tidak boleh dedahkan di sini. 

Pada mulanya kami agak heran kenapa dia bersungguh mahu membeli iAwani sedangkan iAwani hanya sebuah blog teknologi sahaja. Kami tidak layan. Tapi dia terus insist.

Pada ketika itu pemilik asal iAwani sudah agak sibuk dengan komitmen lain. Dia sudah kurang ada masa untuk menulis artikel-artikel teknologi di iAwani kerana terlibat dengan beberapa projek-projek website development yang memerlukan fokus.

Jadi apabila ada orang mahu membeli iAwani pada harga ribu riban tawaran tersebut masih lagi dipertimbangkan. Akhirnya dalam masa beberapa hari dia terus menerima tawaran tersebut. Alasannya, he needs money. Tapi dengan syarat topik iAwani sebagai blog teknologi harus dikekalkan.

Selepas berpindah pemilik blog iAwani.com telah di tukar menjadi sebuah website portfolio untuk jurugambar professional yang juga menjalanakan street photography sebagai hobi di masa lapang. Artikel-artikel lama dalam topik teknologi telah di padam serta merta.

Page Facebook iAwani juga telah di tukar kandungannya menjadi page street photography untuk memperlihatkan kepakaran serta passion jurugambar tersebut.

Setelah itu pada pertengahan 2015 nama domain iAwani telahpun expired sepenuhnya. Jenama iAwani akhirnya berkubur. Sehingga kini kami tidak dapat mengakses Facebook Page iAwani kerana kami bukan lagi Admin di page tersebut.

Apa boleh buat. Walau begitu nama domain iAwani di Blogspot tetap masih ada. Ia adalah blog yang anda sedang baca sekarang ini.

Pada asalnya blog di Blogspot ini di dirikan sebagai backup pada Julai 2012 kala blog Wordpress iAwani down sekejap gara-gara bandwidth habis.

Selama 12 tahun lalu walau sudah tidak aktif lagi menulis artikel blog kami tetap suka membaca artikel-artikel teknologi dari blog-blog teknologi yang lain seperti Amanz, Wiser, SoyaCincau, SlashGear juga Engadget.

Passion membaca artikel teknologi tetap sama macam dulu. Yang pasti umur si pengendali blog di belakang iAwani semakin meningkat seiring pertambahan masa.

Buat anda yang masih setia dengan iAwani terima kasih kami ucapkan.

Untuk lihat apa artikel terbaru kami jemput masuk ke laman utama iAwani blog teknologi.



Lawati laman utama blog iAwani untuk berita teknologi terkini

iAwani Blog Teknologi

info teknologi - perkembangan teknologi masa kini

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama