Adakah Windows XP Masih Boleh Digunakan Dalam Tahun 2022?

Default User Interface Windows Xp - kredit:GeekWire

Adakah Windows XP Masih Boleh Digunakan Dalam Tahun 2022? - Ada tak lagi pengguna komputer yang masih guna Windows Xp dalam tahun 2022 sekarang ni?

Jawapannya.. YA. Kami berani cakap Windows Xp masih boleh digunakan dalam tahun 2022. Cuma tu lah masalahnya - dah jarang-jarang orang guna.

Kami sendiri dah install Windows Xp Home Edition ke dalam laptop kecil yang merupakan sebuah netbook pada Januari 2022 yang mempunyai ruang hard disc 120GB dan RAM yang dah di upgrade ke 2GB. 

Macam laptop 1 Malaysia tu - tu lah netbook. Lebih kurang macam dalam gambar kat bawah ni.

Netbook guna Windows Xp. kredit:geognerd

Install Windows Xp buat sekadar hobi masa lapang di dorong oleh minat terhadap perkomputeran. 

Kami buat semata-mata nak tengok boleh install ka tidak pastu boleh on ka tidak netbook tu dengan Windows Xp. 

Hari ini, pada saat artikel ini kami taip, kita sudah berada dalam Februari 2022.

Sejarah Ringkas Windows Xp Dari Pengalaman

Akhirnya kami dapati netbook tu begitu laju sekali beroperasi saat di install dengan Windows Xp - Boot time singkat, loading laju (RM2GB dah cukup besar untuk sebuah netbook) walau digunakan secara offline sahaja.

Netbook adalah laptop kecil bersaiz skrin 11 inci yang popular sekitar tahun 2008 hingga 2010 sebagai peranti perkomputeran saiz mini untuk aktiviti-aktiviti ringan. 

Saiz laptop netbook yang kecil dalam saiz 11 inci atau 10 inci menjadikannya cepat popular kerana ringan serta tidak membebankan. Senang nak di bawa ke mana-mana. Masalahnya laptop pada zaman tu besar dan berat jadi netbook wujud untuk mengatasi masalah tersebut.

Pada masa tu sekitar tahun 2008 hingga 2010 mana ada tablet saiz 7 inci hingga 10 inci. Mana ada iPad. Mana ada tablet Android. 

Hanya ada netbook untuk melayar internet dan menaip di mana-mana.

Bagi anda yang masih belum kenal dan belum tahu apa itu Windows Xp, ia adalah sistem operasi komputer (operating system atau singkatannya O.S.) yang dibuat oleh Microsoft. 

Windows Xp telah diperkenalkan ke pasaran komputer pengguna di peringkat global di seluruh dunia termasuklah di Malaysia sekitar November tahun 2001.

Kami ingat lagi pada masa tu Windows Xp mulai mendapat permintaan terhadapnya di Malaysia sekitar bulan Januari 2002 dan kami telah berpeluang menggunakannya pada bulan Februari 2002.

Windows Xp merupakan perisian sistem operasi komputer yang diperkenalkan oleh Microsoft selepas Windows 2000.

Pada ketika itu Windos Xp di tujukan untuk mana-mana komputer juga laptop yang menggunakan cip Intel Pentium 3 juga Intel Pentium 4.

Sebelum Windows 2000 diperkenalkan sebelum itu Microsoft telah mengeluarkan Windows ME, iaitu sistem perisian komputer banyak digunakan oleh komputer dipacu oleh cip Intel 2.

Kami di blog teknologi iAwani sempat lagi merasa guna Windows ME, Windows 2000 dan Windows Xp sekitar tahun 2002 kerana masih belajar di universiti awam pada ketika itu.

Tahun 2002? Wah lama dah tu! Ya memang lama. Umur kami sekarang dah 42 pun.

So jika ada anda tiba-tiba terfikir ada tak lagi orang guna Windows Xp ni? Jawapannya ADA - itulah kami.

Kegunaan Windows XP Dalam 2022

Pasti anda tertanya-tanya apa yang Windows Xp boleh buat apabila diguna dalam tahun 2022?

Well bagi orang yang old school macam kami di blog teknologi iAwani, netbook yang kami install dengan Windows Xp masih boleh digunakan untuk menaip dalam Microsoft Word, buka slide Microsoft Power Point, buka pelayar web Internet Explorer untuk mengakses internet kemudian membuka YouTube.

Windows Xp boleh buat aktiviti ringan-ringan. Yang berat pun boleh bergantung kepada configuration komputer yang anda gunakan sama ada 64-bit atau 32-bit serta berapa jumlah RAM yang ada tersedia.

Dalam pada itu dengan Windows Xp kami juga boleh buka email Gmail dan Outlook melalui pelayar web Internet Explorer versi lama juga software pelayar web versi lama iaitu Google Chrome 1.0.154 yang di release pada April 2009.

Laptop lama-lama ni dah tak boleh bawak perisian sistem operasi masa kini dalam tahun 2022 iaitu Windows 10, Windows 9 ataupun Windows 8.

Laptop lama juga desktop pc yang lama-lama cuma boleh bawak operating system yang juga dah lama misalnya Windows 7 serta Windows Xp. 

Beberapa syarikat swasta juga masih gunakan Windows Xp berbanding Windows 7 di komputer organisasi mereka. 

Alasan mereka kenapa perlu buang duit untuk kos update software komputer dalam network syarikat ke Windows versi terbaru sedangkan yang lama masih ok dan masih boleh guna?

Ini samalah macam guna kereta Proton Saga tahun 1992 di tahun 2022. Ia tetap sebuah kereta. Tetap boleh digunakan untuk memandu untuk berjalan ke mana-mana.

Begitu jugalah dengan Windows Xp. Ia sebuah operating system yang lama bahkan dah lapuk kerana dikeluarkan pada tahun 2001. 

Ia 21 tahun yang lalu.

Tapi tetap masih boleh guna walau sekarang dah 2022.

Untuk lihat apa artikel terbaru kami jemput masuk ke laman utama iAwani blog teknologi.

iAwani Blog Teknologi

info teknologi - perkembangan teknologi masa kini

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama