Digi Buka Pre Order Samsung Galaxy S22 Mulai 10-2-2022

Samsung Galaxy S22


Digi Sudah Buka Pre Order Samsung Galaxy S22 Mulai 10-2-2022 - Fuhh laju bedesup bukan main lagi Digi ni. 

Untuk memenuhi permintaan pelanggan-pelanggan setianya pihak Digi telah membuka pre order untuk smartphone Android Samsung Galaxy S22 termasuklah model variasi lain dalam siri Samsung Galaxy S22 tersebut iaitu Samsung Galaxy S22 Ultra 5G, Samsung Galaxy S22 Plus dan Samsung Galaxy S22 5G.

Bagi pengguna smartphone Android yang bukan pelanggan Digi tapi mahu merasa nak guna Samsung Galaxy S22 yang baharu sahaja di perkenalkan dalam bulan Februari 2022 bolehlah subscribe pada pelan-pelan postpaid Digi yang menawarkan Samsung Galaxy S22 beserta 'adik-beradiknya' yang lain tawaran peranti mereka.

Tinjauan kami ke laman web rasmi syarikat telekomunikasi Digi mendapati pihak Digi sudahpun rancak mempromosi iklan-iklan serta untuk Samsung Galaxy S22 di situ tanpa perlu berlengah lagi. Ini yang kami lihat pada lawatan kami ke website Digi.


screen shot dari website Digi


Kami lihat Digi juga sudah galak menjalankan iklan-iklan pakej Samsung Galaxy S22 beserta langganan postpaid talian mudah alih Digi di Facebook mulai waktu tengahari di hari yang sama iaitu 10/2/2022 - tarikah kala post ini kami terbitkan.

Dari pemerhatian kami nampaknya Digi merupakan syarikat telekomunikasi mudah alih pertama yang mempromosi Samsung Galaxy S22 beserta langganan postpaid mereka kala syarikat-syarikat telekomunikasi lain masih belum membuka pre-order mereka.

Samsung Galaxy S22 merupakan flagship utama Samsung dikeluarkan dalam tahun 2022. 

Sehingga kini kami di blog teknologi iAwani sudah tak ingat dah berapa banyak smartphone Android yang Samsung telah keluarkan bermula dari model Samsung Galaxy yang pertama iaitu Samsung Galaxy GT-I7500 dikeluarkan pada Jun 2009 sehinggalah ke model Samsung Galaxy S22 di Febaruari 2022 ini.

Mengikut laporan dari GSM Arena di laman web mereka, smartphone Samsung Galaxy S22 ni mempunyai beberapa jenis nombor model. Ini senarainya:

  • SM-S908B
  • SM-S908B/DS (versi antarabangsa pasaran global)
  • SM-S908U (USA)
  • SM-S908U1 (USA versi unlocked)
  • SM-S908W (Kanada)
  • SM-S908N (Korea)
  • SM-S9080 (China)
  •  SM-S908E (Asia/Africa)

Bagi yang dah selesai sign up postpaid Digi untuk dapatkan Samsung Galaxy S22 dah bolehlah senyum lebar selepas ini.

Untuk lihat apa artikel terbaru kami jemput masuk ke laman utama iAwani blog teknologi.

iAwani Blog Teknologi

info teknologi - perkembangan teknologi masa kini

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama