Apa Google Mail Dan Cara Untuk Menggunakan Gmail

Inilah dia Gmail atau Google Mail

Apa Itu Google Mail Dan Cara Untuk Menggunakan Gmail - Apakah Itu Google Mail? Google Mail adalah email percuma dari Google iaitu syarikat teknologi dari Amerika. Google Mail popular dikenali sebagai Gmail.

Perkataan "Gmail" itu sendiri adalah singkat daripada perkataan "Google Mail".

 Pada zaman awal Gmail diperkenalkan dan ketika ia mulai di gunakan oleh ramai pengguna internet di Malaysia sekitar tahun 2005, pada ketika itu ia dikenali sebagai Google Mail namun berubah menjadi Gmail sahaja.

Tambahan pula pada zaman awal Gmail masuk ke pasaran internet Malaysia sekitar awal tahun 2005, ramai pengguna internet memanggilnya sebagai Google Mail kerana pada ketika itu email percuma yang popular di gunakan adalah seperti Yahoo Mail (free email dari Yahoo) dan Hotmail (email percuma dari Microsoft). Memiliki nama "Mail" di hujung nama menjadi kebiasaan.

Pada tahun 2005 itu juga pengguna internet di Malaysia baru sahaja kenal dengan Google Mail ataupun Gmail ini. Bahkan dalam tahun 2022 sekalipun masih ada pengguna internet memanggil Gmail sebagai Google Mail.

Ketika pada zaman awal diperkenalkan untuk membuka sebuah akaun baharu Google Mail anda perlu dapatakan invitation link terlebih dahulu, iaitu dengan meminta rakan-rakan atau ahli keluarga menghantar link ke email sedia ada (seperti Yahoo Mail) untuk membolehkan mereka membuka Google Mail baharu milik mereka sendiri.

Sejarah Bila Google Mail Diperkenalkan 

Gmail mula dibina oleh penciptanya pada tahun 2001 namun hanya diperkenalkan kepada pengguna-pengguna internet di seluruh dunia mulai 1 April 2004.

Gmail atau Google Mail dicipta oleh seorang lelaki bernama Paul Buchheit. Pada ketika itu, Google masih lagi diperingkat awal penubuhan dan baru mulai popular sebagai enjin carian di internet di kawasan Amerika.

Beginilah rupa website Gmail pada 2004

Sebelum bekerja di Google sebagai jurutera perisian Paul Buchheit ni bekerja di Intel iaitu syarikat pembuat cip komputer. Paul Buchheit ni dilahirkan pada 1 November 1977. Sekarang dalam tahun 2022 dia sudah berumur 44 tahun. 

Pada sekitar tahun 2000 tu kami di iAwani masih lagi belajar di universiti (kami lahir tahun 80-an). Ketika itu jika di Malaysia untuk nak akses internet perlukan sistem dial-up terlebih dahulu. Masih belum ada Streamyx ataupun Unifi pada ketika itu. Juga masih belum ada mobile data sepertimana pada hari ini dalam tahun 2022

Pada 2004, Google telah menjadi syarikat teknologi diperingkat global selari dengan peningkatan jumlah pengguna Google Search juga pengguna Google Mail atau Gmail. 

Jumlah storan Gmail yang dulunya hanya 1GB sahaja pada saat mula diperkenalkan telah ditambahbaik menjadi 5GB. 

Selepas memperkenalkan Gmail ataupun Google Mail, pihak Google telah memperkenalkan lagi beberapa produk berkaitan seperti Google Drive (pada tahun 2007) dan Google Groups (2004).

Kenapa Dan Sebab Apa Google Mail Diperkenalkan

Dari apa yang kami baca dan dari kajian yang kami lakukan, tujuan asal Google Mail atau Gmail dicipta sebagai perisian email untuk memudahkan penghantaran mel elektronik dan penerimaan mel elektronik melalui internet.

Setelah disiapkan ia kemudian dijadikan sebagai salah satu produk percuma Google dan menjadi satu-satunya email percuma dari Google.

Sebab lain kepana Google Mail atau Gmail ni diperkenalkan adalah untuk memberi pilihan alternatif kepada pengguna-pengguna internet selain menggunakan akaun email percuma yang lain yang dah sedia ada sebelum Gmail iaitu Yahoo Mail juga Hotmail.

Ketika dalam tahun 2001 hingga 2004 tu, bagi kita di Malaysia, hanya ada email Yahoo Mail dan Hotmail sahaja sebagai email percuma. 

Masa tu Yahoo Mail cukup popular berbanding Hotmail. Ini kerana Yahoo Mail diintegrasikan sekali dengan Yahoo Messenger, yang mana pengguna Yahoo Mail boleh chat terus di Yahoo Messenger hanya dari dalam dashboard Yahoo Mail mereka sahaja tanpa perlu membuka software Yahoo Messenger itu sendiri di komputer masing-masing.

Ketika itu satu-satunya cara untuk mengakses internet hanya dari komputer (sama ada desktop pc ataupun laptop). Mana-mana pengguna biasa yang tidak mempunyai sambungan internet akan pergi ke cyber cafe untuk mengakses internet. Hari ini dalam tahun 2022, cyber cafe sudah tidak ada lagi. Kalau ada pun hanyalah untuk online gaming sahaja.

Google Mail dicipta untuk menjadi sistem email di kalangan pekerja-pekerja Google. Itulah tujuan awal kenapa Google Mail dicipta. 

Namun oleh kerana Gmail atau Google Mail ni amat popular ia diperkenalkan menjadi produk utama Google selain Google Search pada tahun 2005 kala Google mulai menjadi sebuah syarikat teknologi besar sedikit demi sedikit terutama selepas Google membeli YouTube.

Pada zaman awal Google mula beroperasi mereka tidak ada perisian email khusus yang boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada sistem komunikasi dalaman dikalangan pekerja-pekerja Google. Mereka juga tidak mahu menggunakan sistem email dicipta oleh syarikat teknologi lain misalnya Yahoo Mail.

Pada sekitar 2001 ketika Gmail mulai diperkenalkan oleh penciptanya, Paul Buchheit, Google Mail atau Gmail banyak digunakan oleh kakitangan Google sebagai perisian web untuk mengakses email mereka di tempat kerja. 

Komunikasi di kalangan kakitangan Google jadi semakin baik kerana mereka menggunakan Gmail untuk berhubung mengenai tugasan kerja. Pada ketika itu hanya ada email dan panggilan telefon biasa sahaja (normal voice call). Tidak ada WhatsApp ataupun Instagram sepertimana hari ini dalam tahun 2022.

Google Mail atau Gmail semakin banyak digunakan oleh pekerja-pekerja Google. 

Pada ketika itu Gmail hanya digunakan oleh pekerja-pekerja Google sahaja sebagai sebahagian dari sistem komunikasi di tempat kerja mereka untuk memudahkan perhubungan melalui email. Gmail masih lagi tidak perkenalkan kepada umum juga tidak diperkenalkan lagi kepada pengguna-pengguna internet di seluruh dunia.

Akibat yakin dari respons baik dari kalangan kakitangan dalaman Google, pihak Google sendiri bertindak memperkenalkan Gmail ataupun Google Mail kepada pengguna internet di seluruh dunia mulai tahun 2004 kala Google mulai menjadi syarikat awam.

Pada peringkat awal pengenalan Gmail atau Google Mail ke mata pengguna-pengguna internet di seluruh dunia, Gmail atau Google Mail hanya memiliki storan sebanyak 1GB sahaja.

Jumlah storan Gmail pada saat mula diperkenalkan jauh lebih rendah (1GB sahaja) berbanding email percuma lain yang popular ketika itu seperti Yahoo Mail juga Hotmail.

Gmail kekal diperkenalkan sebagai email percuma dari Google kerana semakin ramai orang guna Gmail maka akan semakin bertambahlah juga jumlah penggunaan produk-produk Google yang lain seperti Search, Maps, News, YouTube.

Makin ramai pengguna maknanya Google boleh perlihatkan lebih banyak iklan kemudian boleh dapat lebih banyak untung.

Cara Bagaimana Untuk Gunakan Gogole Mail Atau Gmail

Ada pelbagai cara bagaimana untuk mula menggunakan Gmail ni. Gmail adalah email percuma dari Google dan di buat oleh Google.

Rupa website Gmail pada Oktober 2022

Mana-mana orang dan sesiapapun boleh buka akaun Gmail baharu asalkan ada capaian internet. Dalam tahun 2022 cara untuk membuka akaun Gmail baharu dan cara bagaimana untuk menggunakan akaun Gmail jadi semakin mudah.

Macam mana cara nak buka Gmail baharu dan buka akaun Gmail baru? 

Cara 1: Masuk Ke Website Gmail

Anda hanya perlu cari Gmail di internet. Buka Google Search kemudian taip Gmail ataupun taip Google Mail. Selepas itu anda akan dibawa ke skrin permulaan Gmail di alamat url https://www.google.com/gmail ataupun https://mail.google.com. 

Anda boleh masuk melalui pelayar web di komputer biasa atau di smartphone sahaja. Contoh laman web Gmail atau Google Mail yang terbaru (dalam bulan Oktober 2022 saat artikel ini diterbitkan) adalah seperti dalam gambar di atas.

Cara 2: Sign Up Atau Daftar Akaun Gmail baharu di aplikasi mudah alih (mobile app) Android.

Jika anda ada memiliki smartphone Android, tablet Android ataupun smartphone TV Android, anda boleh saja mula menggunakan Gmail dengan masuk ke aplikasi Gmail tu sendiri. Biasanya Gmail akan ada dalam senarai aplikasi yang tersedia dalam peranti tersebut.

Ke Mana Hala Tuju Google Mail Di Masa Akan Datang

Pada pendapat kami, Google Mail ataupun Gmail ini akan terus digunakan oleh pengguna biasa. Pada hari ini dalam tahun 2022 Gmail berintegrasi terus dengan produk Google yang lain antaranya sistem operasi Android, YouTube, Blogger, Search, Maps, Chrome, Docs, Drive.

Sekarang ini pun jika anda baru sahaja membuka apa-apa produk Google seperti Google Drive ataupun Google Keep, anda akan perlu Gmail untuk verifikasi akaun anda. 

Gogole telah membina aplikasi khusus untuk Gmail bagi memudahkan pengguna-pengguna Gmail di seluruh dunia melihat kandungan Gmail terkini mereka. Ini bermakna pengguna Gmail dapat melihat kandungan terkini Google Mail masing-masing di pelbagai peranti sama ada di smartphone, di tablet Android, di smart TV, di desktop pc ataupun di laptop. 

Penggunaan email akan terus relevan sehingga 10 tahun akan datang iaitu sekitar tahun 2032. Bahkan tidak mustahil ketika itu Gmail sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita di masa akan dtang kelak.

Google Mail Atau Gmail Berbanding Akaun Email Percuma Lain

Apa bezanya Gmail dengan akaun email percuma lain misalnya Yahoo Mail dan Hotmail? Pasti anda ingin tahu, bukan? Dalam tahun 2022 kami pasti ramai pengguna internet mempunyai lebih dari 1 email. Sekarang pun jika memiliki lebih dari 1 peranti Android dianggap normal. Satu untuk personal life dan satu lagi untuk tujuan kerja. 

Jika dibanding dengan Yahoo Mail, apa yang bestnya guna Gmail ni? Berikut kami senaraikan perbezaan guna Gmail dan Yahoo Mail.

Perbezaan 1: Amat Selamat Dan Bebas Dari Virus

Jika zaman awal tahun 2000 sekitar tahun 2002 hingga 2006, akaun email Yahoo Mail menjadi sasaran penggodam untuk menghantar virus melalui link yang terkandung dalam email yang dihantar kepada mereka. Email-email tersebut biasanya berbentuk email promosi. Apabila pengguna klik pada link tersebut, perisian malware akan dimuat turun secara automatik lalu terus di install ke dalam komputer pengguna. 

Gmail pula berbeza. Pihak Google menggunakan anti virus khusus untuk menyemak dan meneliti kandungan email pengguna akaun Gmail. Entah macam mana, Gmail boleh mengenalpasti kandungan email yang tiada virus dan email yang ada mengandungi virus ataupun link malware. Enjin dalaman Gmail bertindak lebih pintar berbanding Yahoo Mail. Teknologi email dalam Gmail jauh lebih bagus dari Yahoo Mail.

Sehingga ke hari ini dalam tahun 2022 ketika artikel ini kami taip pihak Google langsung tidak pernah mendedahkan apa nama anti virus yang mereka pakai untuk Gmail.

Perbezaan 2: Loading Speed Yang Laju

Pada peringkat awal Gmail diperkenalkan ia tampil sebagai akaun email percuma yang laju. Apabila buka Gmail, ruang dashboard ambil masa beberapa saat sahaja untuk muncul di skrin. Versi awal Gmail yang menggunakan interface basic HTML sahaja mengambil masa 2-4 saat untuk muncul di skrin berbanding email percuma lain misalnya Yahoo Mail. 

Perbezaan 3: Tiada Iklan Grafik Visual

Perbezaan paling ketara antara Gmail dengan Yahoo Mail dan Hotmail adalah ketiadaan iklan-iklan visual di ruang header juga di ruang sidebar dalam email.

Iklan yang dipaparkan oleh Gmail hanya sedikit sahaja dan ia hanyalah berupa iklan teks sahaja. Itupun hanyalah wujud di bahagian header dalam ruang user interface Gmail sahaja dan bukannya di ruang sidebar ataupun di ruang footer.

Ketiadaan iklan visual ataupun iklan yang bergerak-gerak tu memudahkan pengguna Gmail untuk memfokus kepada email mereka tanpa diganggu oleh iklan-iklan yang menyesakkan mata.

Perbezaan 4: Theme Dan Warna Yang Boleh Di Ubah-ubah Mengikut Selera Pengguna

Pengguna Gmail diberi kebebasan oleh Google untuk menukar layout ruang user interface mereka dengan menukar-nukar theme ke mana-mana design yang mereka suka. Namun ciri tersebut hanya boleh di akses jika anda membuka Gmail dalam bentuk desktop view sahaja. Anda boleh masuk ke bahagian setting Gmail untuk menukar theme akaun Gmail anda.

Perbezaan Ke-5: Penggunaan Nama Domain Yang Kekal Dari Dulu HIngga Sekarang

Dari mula-mula Google Mail ataupun Gmail ni diperkenalkan ia hanya tampil dengan nama domain yang sama sahaja iaitu Gmail.com. JIka anda baru sahaja membuka akaun Gmail baharu maka anda akan mendapat nama domain berakhir dengan "gmail.com" dan bukannya nama domain lain misalnya "gmail.com.my" ataupun gmail.my. Ia akan kekal jadi gmail.com sahaja.

Penggunaan nama domain "gmail.com" amat ringkat. Senang di ingati. Pihak Google sendiri tidak pernah menggunakan GoogleMail.com untuk mana-mana akaun Gmail baharu yang dibuka oleh pengguna mereka.

Tidak seperti Yahoo Mail dan Hotmail yang memperkenalkan domain berbeza-beza kepada pengguna email percuma mereka di tahun-tahun lalu. 

Sekitar tahun 2007-2008 pihak Yahoo Mail pernah menggunakan domain Ymail.com dan RocketMail.com untuk akaun Yahoo Mail baharu, manakala Hotmail pula mempernalkan domain baharu iaitu Live.com yang kemudiannya ditukar menjadi Outlook.com mulai awal tahun 2014 sehingga ke hari ini dalam tahun 2022.

Kami berharap Gmail akan semakin di tambahbaik dari semasa ke semasa di tahun-tahun akan datang untuk memberi khidmat lebih baik kepada pengguna-pengguna Gmail di seluruh dunia.


Lawati laman utama blog iAwani untuk berita teknologi terkini.

iAwani Blog Teknologi

info teknologi - perkembangan teknologi masa kini

1 Ulasan

  1. Terbaik! terima kasih atas informasinya.. sangat membantu.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama