Google Perkenalkan Smartphone Pixel 7 Dan Pixel 7 Pro 2022

 google pixel 7 google pixel 7 pro


Google Perkenalkan Smartphone Pixel 7 Dan Pixel 7 Pro Versi 2022 - Google telah memperkenalkan dua lagi model smartphone Android terbaharu mereka pada 7 Oktober 2022 iaitu Google Pixel 7 Pro dan Google Pixel 7. Kedua-duanya adalah smartphone Android baharu keluaran Google untuk menggantikan model terdahulu iaitu Google Pixel 6.

Bagi peminat Google dan pengguna tegar Google ini satu berita yang sungguh menggembirakan. Bukan senang nak dapatkan smartphone buatan Google di Malaysia melainkan model yang sudah jadi smartphone second hand yang telah dijual oleh pemilik asalnya.

Yang tak bestnya pula pihak Google tidak menjual smarpthone Google Pixel ni kepada pengguna-pengguna smartphone di Malaysia. 

Sebaliknya, pihak Google hanya menjual smartphone Google Pixel ke Singapura sahaja. Selain Malaysia pihak Google juga tidak menjual smartphone Google Pixel ni ke negara-negara lain dalam kawasan Asia Tenggara. 

Ini bermakna negara-negara Asia Tenggara lain seperti Indonesia, Filifina, Brunei Darussalam, Thailand, Myanmar, Laos, Vietnam langsung tidak dapat membeli model terbaharu smartphone Google Pixel.

Dari pemerhatian kami pihak Google hanya menjual Google Pixel ke negara-negara dalam kawasan Amerika, Eropah serta Asia Pasifik sahaja iaitu Australia, India, Taiwan, New Zealand, Korea Selatan, Jepun.

Google menggunakan jenama "Google Pixel" untuk produk-produk hardware keluaran pihak Google sendiri. Ini termasuklah smartphone Android, laptop Chromebook, tablet Android, smartwatch Android juga aksesori berkaitan. 

Smartphone Google Pixel tu sendiri datang dengan versi Android terbaharu buatan Google sendiri dan akan sedia menerima kemaskini terbaharu perisian Android dari pihak Google di masa akan datang jika suda ada dikeluarkan.

Apa Yang Bestnya Pakai Gogole Pixel 7 Dan Pixel 7 Pro


• Best sebab ia smartphone buatan Google dan berjenama Google. Sebagai pengguna setia Google sudah pasti rasa teruja dan gembira apabila dapat memiliki sebuah smartphone dibuat oleh Google. Pasti orang sekeliling kagum dengan anda.

• Peranti yang menggunakan jenama Google Pixel dicipta sebagai peranti pintar yang laju, hebat serta berprestasi tinggi. Smartphone Google Pixel sendiri berfungsi menggunakan software yang berfungsi dengan laju, kamera setanding kamera tahap professional dan menggunakan ciri keselamatan canggih buatan Google sendiri.

• Jadi yang paling awal menerima update terkini Android dan paling awal menerima versi Android seterusnya secara terus dari pihak Google sendiri. Google Pixel 7 dan Google Pixel 7 Pro adalah smartphone "stock Android" yang menggunaakn Android versi asli sepenuhnya tanpa di ubah. Ia berbeza dengan versi Android yang digunakan oleh smartphone Samsung, Vivo. Huawei, Oppo juga jenama smartphone lain.

• Kamera yang amat terang. Kelebihan utama menggunakan smartphone Google Pixel adalah kamera yang amat terang serta gambar yang amat cantik apabila di ambil menggunakan kamera smartphone Google Pixel. Review dari pengguna-pengguna smartphone Google Pixel sebelum ini mengatakan kualiti gambar diambil guna Google Pixel tidak pernah mengecewakan.

Adakah anda mahu memiliki smarpthone Google Pixel di masa akan datang? Kami juga mahu! Kami berharap moga satu hari nanti Google Pixel dapat di jual di Malaysia. Setakat ini smartphone Google Pixel hanya ada di jual di Singapura sahaja.

Lawati laman utama blog iAwani untuk berita teknologi terkini.
iAwani Blog Teknologi

info teknologi - perkembangan teknologi masa kini

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama