Harga Google Pixel 7 Dan Pixel 7 Pro 2022 Di Malaysia

Harga Google Pixel 7 Dan Pixel 7 Pro Di Malaysia


Harga Smartphone Android Google Pixel 7 Dan Pixel 7 Pro Di Malaysia - Setakat ini dalam bulan Oktober 2022 masih belum ada harga rasmi untuk smartphone Google Pixel. Mana tidaknya, Google sendiri tidak menjual smartphone Google Pixel 7 dan Google Pro 7 secara rasmi untuk pasaran Malaysia.

Yang ada hanyalah harga dalam US Dollar. Jadi kita hanya boleh meneka sahaja dan membuat anggaran harga Google Pixel 7 melalui tukaran mata wang asing US Dollar ke Ringgit Malaysia.

Berikut harga smartphone Android Google Pixel 7 dan Google Pixel 7 Pro dalam matawang US Dollar.

Google Pixel 7 128gb - 599 US Dollar (lebih kurang RM2798.53)
Gogole Pixel 7 256gb - 699 US Dollar (lebih kurang RM3265.73)

Google Pixel 7 Pro 128gb - 899 US Dollar (lebih kurang RM4200.13)
Google Pixel 7 Pro 256gb - 999 US Dollar ( lebih kurang RM4667.33)
Google Pixel 7 Pro 512gb - 1099 US Dollar (lebih kurang RM5134.53)

Cara Nak Beli Smartphone Android Google Pixel 7 Dan Pixel 7 Pro Di Malaysia

Dari pemerhatian kami anda boleh membeli smartphone Google Pixel 7 dan Google Pixel 7 Pro melalui seller di Shoppe Malaysia yang memakai nama Mylo Trading. 

Mereka adalah seller online pertama di Shopee yang menjual Google Pixel 7 dan Google Pixel 7 Pro secara online selepas pelancaran rasmi Google Pixel 7 dan Google Pixel 7 Pro. Seller Shopee ini mendakwa versi smartphone Google Pixel 7 dan Google Pixel 7 Pro yang dijual adalah original. Bukannya clone.

Tapi, harga yang ditawarkan dalam Shopee adalah mahal berbanding harga rasmi Google Pixel 7 juga Google Pixel 7 Pro dalam tukaran matawang asing.

Jika anda memang betul-betul minat Google Pixel 7 dan Google Pixel 7 Pro kemudian ada duit mencukupi pasti akan ingin mendapatkannya kerana ini adalah smartphone terbaharu dari Google yang baru sahaja diperkenalkan pada Oktober 2022.

Berikut harga smarpthone Android Google Pixel 7 dan Google Pixel 7 Pro di Shopee Malaysia (dari pemerhatian kami pada 11 Oktober 2022)



Harga Google Pixel 7 128gb di Malaysia - RM3599
Harga Google Pixel 7 256gb di Malaysia - RM3999
*harga berbeza ikut kapasti storan memori tidak kisah apa warna anda pilih.
**Warna tersedia adalah Obsidian Black, Snow White, Hazel Green

Berikut senarai harga smartphone Android Google Pixel 7 Pro Di Malaysia..



Harga Google Pixel 7 Pro 128gb di Malaysia - RM4699
Harga Google Pixel 7 Pro 256gb di Malaysia - RM5299
Harga Google Pixel 7 Pro 512gb di Malaysia - RM5699
*harga berbeza ikut kapasti kapasiti storan memori tidak kisah apa warna anda pilih.
**Warna tersedia adalah Obsidian Black, Snow White, Hazel Green

Dari pemerhatian kami stok Google Pixel 7 dan Google Pixel 7 Pro yang dijual di Shopee ni adalah terhad. Ini bukanlah membeli secara pre-order sebaliknya seller tersebut mendakwa mereka ada stok tersedia. Mereka cuma jual 1 atau 2 unit sahaja untuk peminat-peminat smartphone Google Pixel di Malaysia.

Pada pendapat kami seller ini mungkin membeli stok Google Pixel 7 dan Google Pixel 7 Pro di pasaran Singapura kemudian membawa smartphone tersebut masuk ke Malaysia. Singapura merupakan negara terdekat di mana anda boleh beli Google Pixel 7 secara online.

Mana lagi best, Google Pixel 7 Pro ataupun iPhone 14 Pro Max? Ia bergantung kepada bajet masing-masing.


Lawati laman utama blog iAwani untuk berita teknologi terkini
iAwani Blog Teknologi

info teknologi - perkembangan teknologi masa kini

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama