Air Asia Ride Agresif Cari Driver E-Hailing Di Kota Kinabalu Sabah

 


Air Asia Ride Makin Agresif Cari Driver Di Kawasan Kota Kinabalu Sabah - Hal ini kami lihat sendiri apa seringkali ternampak iklan-iklan Air Asia Ride di news feed akaun Facebook kami.

Nampaknya Air Asia semakin gigih melaksanakan matlamat mereka mahu menjadi sebuah "Super App" menyamai Grab, yang mana baka mempunyai kesemua fungsi terkandung dalam satu aplikasi mudah alih sahaja hanya di dalam smartphone.


Grab yang dulunya bermula sebagai aplikasi mudah alih untuk "kereta sapu" sekitar awal tahun 2016 kini telah bertukar menjadi "Super App" apabila mempunyai fungsi untuk penggunanya menempak makanan secara online, membuat pembayaran secara online, membeli top up kredit secara online, menghantar duit dan menerima duit secara online juga memanggil perkhidmatan e-hailing secara online. 

Pihak syarikat Grab amat bijak dalam proses penjenaan sehingga menjadikan pengguna smartphone kenal dengan jenama mereka dan tahu apa produk juga perkhidmatan yang ditawarkan mereka.

Air Asia Mahu Mendominiasi


Dari pemerhatian kami Air Asia memang benar-benar menumpukan kepada pemerkasaan e-hailing mereka. Air Asia Ride memudahkan proses cari driver baharu dengan melakukan pendaftaran mudah hanya melalui Facebook sahaja.

Kota Kinabalu iaitu bandaraya di mana kami berada kini menjadi saksi betapa banyaknya kereta-kereta dengan sticker Air Asia Ride di jalan-jalan sekitar pusat bandar. 

Pada pendapat kami bulan Ogos dan September menjadi fasa awal untuk pihak Air Asia mulai mendominasi pasaran e-hailing di kawasan Kota Kinabalu.

Air Asia merupakan jenama gah di Malaysia juga di negara-negara lain dalam kawasan Asia Tenggara. Kota Kinabalu pula merupakan sebuah international hub dan merupakan bandaraya pusat tumpuan pelancong khususnya pelancong dari Eropah, dari Korea Selatan, dari Taiwan juga dari negeri-negari lain dalam Malaysia.

Kalau dalam bulan Julai-Ogos 2022 kami hanya melihat 2-4 kereta sahaja yang memakai sticker Air Asia Ride beroperasi dalam seminggu. 

Kini boleh dikatakan dah setiap hari kami boleh nampak ada saja kereta e-hailing lalu lalang dengan memakai sticker Air Asia Ride - bukti bahawa pemandu kereta tersebut bertindak menjadi pemandu Air Asia Ride untuk mencari duit sampingan dari tambang menghantar penumpang dari destinasi pick-up ke destinasi drop-off.

Jika di kawasan Kota Kinabalu sekarang ni dalam bulan Oktober 2022 kami melihat ada 4 buah syarikat e-hailing yang aktif iaitu Grab Car,(warna rasmi menggunakan warna hijau), Maxim Car (warna rasmi ialah warna kuning), Air Asia Ride (warna rasmi iailah warna merah) dan InDrive (warna rasmi menggunakan warna biru).

Bezanya, jumlah kenderan awam yang mendaftar sebagai pemandu InDriver amat sedikit berbanding Maxim Car juga Grab Car.

Air Asia Ride vs Grab Car vs Maxim Car


Maxim Car agresif mengiklankan perkhidmatan tambang e-hailing mereka di Facebook. 

Grab Car pula sudah kurang beriklan dan sudah kurang mempromosi perkhidmatan e-hailing mereka di kawasan Kota Kinabalu kerena Grab sudah dikenali ramai sejak awal tahun 2016 lagi. Boleh dikatakan Grab Car mempunyai user-base yang agak ramai.

Sepanjang tahun 2016 hingga 2021 jenama Grab Car kekal mendominiasi pasaran e-hailing di kawasan Kota Kinabalu. 

Dari pemerhatian kami sebagai pengguna kami dapat lihat sendiri jumlah kereta yang memakai sticker Grab jauh lebih banyak berbanding jenama e-hailing lain seperti Maxim Car juga InDrive.

Bahkan Grab telah mengambil alih perkhidmatan Uber di kawasan Kota Kinabalu pada tahun 2017. 

Ini menjadikan pengguna e-hailing sekitar kawasan Kota Kinabalu semakin ramai menggunakan Grab kerana hanya Grab Car satu-satunya perkhidmatan e-hailing yang aktif di sekitar kawasan Kota Kinabalu.

Mulai tahun 2018 pihak Maxim pula agresif mengiklankan perkhidmatan e-hailing mereka. 

Untuk menarik lebih ramai pengguna smartphone mengambil perkhidmatan kereta e-hailing Maxim Car, pihak Maxim Car menawarkan harga tambang murah kepada pengguna. 

Bahkan sekarang ini pun harga tambang e-hailing dari aplikasi Maxim Car jauh lebih murah dari Grab Car. 

Untuk menjadi driver Maxim Car juga amat senang berbanding Grab Car kerana tidak banyak syarat dan peraturan yang dikenakan.

Potensi Air Asia Ride Di Kota Kinabalu Sabah


Kami melihat Air Asia Ride mendapat sambutan hangat di kalangan pengguna di kawasan Kota Kinabalu Sabah. 

Bahkan tidak mustahi pada tahun hadapan iaitu dalam tahun 2023 jumlah pengguna yang aktif menggunakan Air Asia Ride akan jadi semakin bertambah.

Ini disebabkan pengguna sekitar kawasan Kota Kinabalu sudah biasa menggunakan e-hailing iaitu Grab Car juga Maxim Car.

Jadi, apabila Air Asia Ride masuk ke kawasan Kota Kinabalu ini menarik minat pengguna sekitar Kota Kinabalu untuk beralih ke Air Asia Ride pula setelah bertahun-tahun terbiasa dengan Grab Car juga Maxim Car.

Dengan pengukuhan Air Asia Ride sebagai jenama e-hailing seterusnya di pusat bandar Kota Kinabalu memberi manfaat kepada pengguna kerana dapat menikmati lebih banyak pilihan dan harga tambang yang lebih murah.

Kami percaya penguasaan pasaran Grab Car di Kota Kinabalu bakal digugat oleh aplikasi Air Asia Ride khususnya di kalangan pengguna smartphone Android.

Kini Air Asia bukan sekadar kapal terbang. Ia telah berubah menjadi jenama kukuh yang bekerjasama dengan perkhidmatan prepaid mudah alih (Tune Talk), perkhidmatan hotel murah dan berkualiti (Tune Hotels), perkhidmatan digital wallet (BIG Pay) dan kini perkhidmatan kereta e-hailing dengan pengenalan Air Asia Ride.

iAwani Blog Teknologi

info teknologi - perkembangan teknologi masa kini

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama