Tune Talk Anjurkan CNY Live Auction 2022 Di Facebook

Tune Talk Anjurkan CNY Live Auction 2022 Di Facebook

Tune Talk Anjurkan CNY Live Auction 2022 DI Laman Facebook - Tune Talk yang merupakan syarikat telekomunikasi mudah alih di Malaysia mengadakan Live Auction melalui Facebook Live di laman Facebook rasmi mereka (Facebook.com/TuneTalk) pada 19 Februari 2022 bermula 7:30 malam. Penganjurannya adalah bersempena sambutan Chinese New Year (CNY) 2022.

Pada sesi CNY Live Auction itu follower Tune Talk di Facebook boleh membida atau 'bid' produk-produk yang disediakan oleh Tune Talk iaitu sebuah laptop MacBook Air, konsol permainan Sony PlayStation 5, iPhone 13 Pro serta smartphone Samsung Galaxy Z Flip 3. Sesiapa sahaja yang menggunakan Facebook boleh menyertai Live Auction tersebut.

Setiap sesi bidaan akan dijalankan selama 5 minit. Individu yang berminat mahu membida perlu menaip harga bidaan di ruang komen ketika sesi Facebook Live tersebut. Samalah macam tengah bid harga baju bundle di group-group Facebook. Setiap harga bidaan adalah dalam julat RM50 iaitu RM100, RM150, RM200 dan seterusnya.

Tune Talk CNY Live Auction 2022 Di Facebook


Peserta yang mempunyai harga bidaan tertinggi saat sesi bidaan ditutup akan dipilih sebagai pemenang dan akan layak memiliki barang bidaan dari Tune Talk pada harga akhir setelah sesi Tune Talk CNY Live Auction 2022 itu berakhir.

Pembayaran untuk membeli barang bidaan hanya akan dilakukan dalam bentuk Instant Transfer secara online - dan pembayaran wajib disempurnakan dalam masa 30 minit selepas sesi CNY Live Auction berakhir.

Pembida yang berjaya 'lock' produk yang di 'bid' akan di hubungi oleh kakitangan Tune Talk melalui Messenger beserta panggilan telefon untuk verifikasi. Harap tidak adalah joy bidder kelak ketika dalam sesi ini - iaitu orang yang serius membina hanya untuk suka-suka. tapi tidak benar-benar 'lock' untuk membeli.

Tune Talk CNY Live Auction 2022 Di Facebook


Bagi kami di iAwani live auction yang dilakukan oleh Tune Talk ini bukanlah yang pertama kerana mereka pernah melakukan CNY Live Auction sempena sambutan Tahun Baru Cina pada tahun 2021. 

Bagi kami ini juga strategi yang baik untuk menjadikan jenama Tune Talk dekat di hati pengguna-pengguna Facebook di seluruh Malaysia. Tune Talk merupakan syarikat telekomunikasi MVNO terbesar di Malaysia.

Dalam dunia serba canggih ni anda perlu 'Be EveryWhere' untuk menjadikan jenama sering di lihat oleh mata pengguna di mana-manapun sahaja.


Lawati laman utama blog iAwani untuk berita teknologi terkini.

iAwani Blog Teknologi

info teknologi - perkembangan teknologi masa kini

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama