Facebook Jobs Ditamatkan 22 2 2022

facebook-jobs-iawani-1-berita-teknologi

Facebook Jobs Ditamatkan 22 2 2022 - Kini sudah rasmi Facebook akan menamatkan lalu menutup fungsi Jobs di laman media social itu pada 22 Februari 2022. 

Namun fungsi Jobs di Facebook akan terus aktif untuk pengguna Facebook di Amerika juga Kanada. Hal itu di umumkan secara rasmi oleh Facebook dalam satu artikel di Facebook Business Help Center.

Kami di iAwani masih ingat lagi Facebook Jobs mula di perkenalkan untuk pengguna di Malaysia sekitar awal tahun 2018 bagi membantu pengguna Facebook mencari pekerjaaan dengan mudah hanya dari akaun Facebook masing-masing. Tab "Jobs" di Facebook Page juga turut diperkenalkan pada masa tu.

Dalam bulan Januari 2022 kami di iAwani perasan ruang kategori untuk Facebook Jobs masih ada terdapat di Marketplace iaitu 'pasar online' untuk pengguna-pengguna Facebook di kawasan setempat.

Namun apabila kita di Malaysia menginjak ke awal bulan Februari 2022 ruang "Jobs" dalam Facebook Marketplace sudah tidak ada lagi kelihatan sama ada di aplikasi mudah alih Facebook juga di akaun Facebook dalam web browser.

Pengguna-pengguna Facebook bahkan tidak boleh lagi mempromosi kerja kosong, jawatan kosong mahupun mempromosi iklan perniagaan di mana-mana ruang di Facebook Marketplace.

Dari pemerhatian kami nampaknya Facebook telah mengemaskini Commerce Policies dan Community Guidelines mereka dalam diam - yang mana Commerce Policies baharu telah menghadkan mana-mana pengguna Facebook dari mempromosi iklan jawatan kosong juga iklan kerja kosong secara terbuka di ruang Marketplace. 

Perkara ini tidak diumumkan oleh Facebook namun kami merasai wujudnya perubahan itu apabila membuat penelitian lebih dekat juga perbincangan dengan rakan-rakan lain yang sebelum ini selalu masuk ke ruangan "Jobs" di Facebook Marketplace.

Dalam pada itu dengan pemberhentian fungsi "Jobs" dalam Facebook akan mengakibatkan group-group jawatan kosong dan group-group kerja kosong akan di tukar kategori menjadi "General Group" sahaja untuk perkongsian umum.

Perubahan ini bermakna tab "Jobs" di Facebook Page akan tiada untuk pengguna di Malaysia. Bagi pencari kerja masih boleh melihat-lihat iklan kekosongan kerja yang dikongsikan di Facebook Group juga di beberapa page tertentu yang membuat perkongsian iklan-iklan jawatan kosong.


Lawati laman utama blog iAwani untuk berita teknologi terkini.

iAwani Blog Teknologi

info teknologi - perkembangan teknologi masa kini

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama