Maxis Lancarkan Kempen Rangkaian Kita Rangkaian Malaysia

Maxis Lancarkan RKRM - kredit The Star


Maxis Lancarkan Kempen Rangkaian Kita Rangkaitan Malaysia - Seiring dengan kempen Keluarga Malaysia di ilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-9 pihak Maxis telah melancarkan kempen baharu mereka dalam tahun 2022 iaitu "Rangkaian Kita Rangkaian Malaysia" atau singkatannya RKRM.

Pelancarakan kempen baharu untuk 2022 itu disempurnakan oleh Gokhan Ogut, CEO Maxis dalam satu sidang akhbar sebagaimana dilaporkan oleh berita The Star. 

Pada pendapat kami, pelancaran kempen tersebut bertujuan untuk memperkuatkan lagi jenama Maxis di kalangan pengguna talian mudah alih di seluruh Malaysia yang mana akan berpotensi menambahkan jumlah pengguna rangkaian Maxis dalam tahun 2022 ini.

Kempen Rangkaian Kita Rangkaian Malaysia menjadikan jenama Maxis lebih dekat di hati kesemua rakyat Malaysia kerana pendekatannya yang nampak lebih 'merakyat' atau down to earth.

Kata Gokhan Ogut, tujuan kempen baharu itu di lancarkan adalah untuk "memperkasakan kesemua rakyat Malaysia dan perniagaan-perniagaan di Malaysia dengan supaya sentiasa berhubung dalam apa jua cara sepanjang masa".

Idea mewujudkan kempen itu dipacu oleh evolusi Maxis itu sendiri dari sebuah syarikat telekomunikasi mudah alih kini menjadi sebuah penyedia rangkaian digital yang menawarkan produk serta perkhidmatan berprestik di Malaysia.

Maxis merupakan syarikat telekomunikasi mudah alih ke-2 paling lama juga ke-2 tertua di Malaysia selepas Celcom yang merupakan syarikat telekomunikasi tertua dan paling lama di Malaysia.

Maxis ditubuhkan pada tahun 1993. Sekarang dah 2022. Maxis telah ditubukan pada 29 tahun lalu. Celcom pula ditubuhkan pada tahun 1988 iaitu 34 tahun lalu.

"Semangat Rangkaian Kita Rangkaian Malaysia adalah untuk menghargai kepelbagaian budaya dan bangsa di Malaysia - Maxis akan terus memberi perkhidmatan telekomunikasi seiring dengan keperluan telekomunikasi setiap orang" tambah CEO Maxis itu lagi.

Pelancarakan kempen Rangkaian Kita Rangkaian Malaysia di sidang akhbar tu turut di hadiri oleh orang-orang kuat dalam Maxis iaitu Mariam Bevi Batcha (Pegawai Perhubungan Korporat Maxis), Patrick Er (Ketua Pegawai Pemasaran Maxis), Abdul Karim Fakir Ali (Ketua Pegawai Rangkaian) dan Rob Sewell (Ketua Pegawai Strategi Teknologi Maxis).

Untuk lihat apa artikel terbaru kami jemput masuk ke laman utama iAwani blog teknologi.

iAwani Blog Teknologi

info teknologi - perkembangan teknologi masa kini

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama