Celcom Wujudkan 2 Pakej Keselamatan Siber Buat SME Malaysia

 


Celcom Menawarkan 2 Pakej Keselamatan Siber Buat SME Malaysia - Pihak Celcom Axiata Berhad (Celcom) iaitu syarikat telekomunikasi mudah alih di Malaysia mengambil inisiatif menawarkan khidmat memperkasa sistem keselamatan siber buat SME (Small Anda Medium Enteriprises) yang beroperasi di dalam Malaysia.

Dari pandangan kami ini langkah pihak Celcom untuk menarik business customers juga peniaga-peniaga kecil serta mana-mana entiti perniagaan agar melanggan pakej-pakej telekomunikasi mudah alih dari Celcom.

Dari sudut lain ia menaikkan imej Celcom kerana melihat Celcom sebagai sebuah syarikat telekomunikasi mudah alih di Malaysia yang mementingkan keselamatan siber.

Rentetan dari penyebaran kes Covid-19 di Malaysia juga di serata dunia banyak perniagaan-perniagaan beralih kepada konsep work from home atau BDR (Bekerja Dari Rumah). 

Apabila bekerja secara online dari rumah sudah pasti melibatkan komunikasi melalui internet antar peranti kakitangan juga peranti di tempat kerja. Justeru di sebabkan itu sudah pasti melihatkan perpindahan dokumen-dokumen juga maklumat sensitif dari seseorang kepada seseorang yang lain. Risiko akan jadi lebih besar jika tidak menggunakan VPN.

Konsep work from home terdedah kepada risiko penggodaman terutama apabila mengguanakan sambungan internet yang mempunyai security lemah.

Selain dari work from home keselamatan siber juga perlu diperkasakan di pejabat organisasi tempat para pekerja bertugas untuk mengelakkan data breach mahupun penggodaman yang berisiko mengakibatkan kerugian besar kepada SME (Small Anda Medium Enteriprises).

Celcom Axiata Berhad (Celcom) telah bekerjasama dengan Telefónica Tech, sebuah syarikat cyber security antarabangsa yang berpangkalan di Malaysia. 

Kerjasama antara Celcom dengan Telefónica Tech bertujuan untuk mewujudkan 2 pakej keselamatan siver di bawah kendalian Celcom iaitu Perlindungan Risiko Digital (Digital Risk Protection) dan Pengurusan Risiiko Mudah Diserang (Vulnerability Risk Management).

Pakej-pakej keselamatan siber (cyber security) ini diletakkan di bawah pakej Celcom Business ditujukan untuk di langgan oleh syarikat-syarikat perniagaan dan organisasi swasta.

Selain dari Perlindungan Risiko Digital (Digital Risk Protection) dan Pengurusan Risiiko Mudah Diserang (Vulnerability Risk Management) pihak Celcom Business sebelum ini telah menawarkan Cyber Guard Device iaitu perlindungan keselamatan siber untuk melindungi peranti-peranti yang digunakan dalam organisasi perniagaan klien mereka.

Buat masa ini saat kami melihat ke laman web Celcom, pihak Celcom Axiata Berhad tidak memaparkan harga kepada langganan perkhidmatan keselamatan siber dari mereka.

Sebaliknya, mana-mana individu, pemilik perniagaan juga wakil syarikat yang berminat mahu melindungi data digital syarikat mereka dari penggodaman juga dari ancaman siber bolehlah menghubungi pihak Celcom terlebih dahulu untuk bertanya dengan lebih lanjut melalui laman web rasmi Celcom Business.

Dari pandangan kami syarikat telekomunikasi lain juga patut menceburi bidang keselamatan siber untuk pelanggan-pelanggan mereka dalam tahun 2022 ni khususnya business customers.

Lawati laman utama blog iAwani untuk berita teknologi terkini.

iAwani Blog Teknologi

info teknologi - perkembangan teknologi masa kini

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama