BlackBerry Bakal Dihentikan Dalam Tahun 2022

Smartphone BlackBerry - kredit: Reuters


BlackBerry Bakal Dihentikan Dalam Tahun 2022 - BlackBerry, jenama smartphone gah satu ketika dulu sekitar tahun 2000 hingga 2018, kini bakal menemui jalan buntu dan bakal di hentikan.

Kali terakhir BlackBerry mengeluarkan model smartphone terbaharu adalah pada tahun 2018 iaitu 5 tahun lalu. Lama dah tu.

Kami ingat lagi sekitar tahun 2012-2014 BlackBerry agak 'keras kepala' kerana tidak mahu beralih kepada penggunaan sistem operasi Android untuk smartphone mereka - sepertimana Nokia. 

Dalam kes Nokia pula oleh kerana tidak mahu menggunakan sistem operasi Android untuk smartphone di bawah jenama Nokia akibatnya smartphone Nokia tidak dapat sambutan walau sudah berusaha keluakan smartphone baharu dikuasakan oleh Windows Phone OS.

Akhirnya Nokia beralih kepada Android - namun sudah terlambat kerana sudah jauh ketinggalan lalu tenggelam berbanding pendahulu iaitu Samsung, Huawei, Sony, Vivo, Oppo, Xiaomi. Kini sambutan terhadap Nokia nampaknya suam-suam kuku sahaja.

Begitu juga BlackBerry. Mulai tahun 2015 BlackBerry sudah mula mengeluarkan smartphone baharu menggunakan sistem operasi Android. BlackBerry Priv merupakan model smartphone pertama BlackBerry yang menggunakan Android OS. Namun walau begitu BlackBerry Priv hanya terjual sebanyak  650,000 unit sahaja walau di promosikan di seluruh dunia.

Dari pemerhatian kami di Awani yang juga merupkan peminat smartphone BlackBerry, kami dapati bahawa BlackBerry telah berusaha menjual paten kepada perisian mereka juga paten pembuatan smartphone mereka pada harga 600 juta US Dollar.

Kami merasakan dengan proses penjualan itu BlackBerry boleh gunakan duit tersebut untuk memulakan perniagaan baharu di bidang industri lain - bukan lagi menjurus kepada industri mudah alih sepertimana sebelum ini.

Nampaknya BlackBerry sudah tidak mahu lagi berjuang meneruskan jenama mereka yang gah satu ketika dulu. Buktinya, menurut laporan dari Reuters pihak BlackBerry bakal mengentikan sokongan kepada model-model terdahulu yang menggunakan sistem operasi BlackBerry 10 dan perisian sistem operasi BlackBerry OS. 

Situasi itu bakal mengakibatkan pengguna smarpthone BlackBerry model lama berkemungkinan besar tidak akan dapat menggunakan lagi sistem permesejan BBM (BlackBerry Messenger) bahkan berkemungkinan besar tidak dapat buat panggilan mahupun menerima panggilan.

Kesannya, pengguna setia BlackBerry terpaksa beralih ke smartphone lain untuk kekal berhubung - sama ada yang menggunakan Android OS atau beralih ke iPhone. 

Pada pendapat kami BlackBerry seakan mahu pergi meninggalkan peminat setia dalam diam-diam. Seolah mahu dunia lupa BlackBerry pernah wujud satu ketika dulu. Industri smartphone tidak memberi untung kepada BlackBerry.

Sebagai peminat BlackBerry kami menunggu-nunggu bilakah smartphone BlackBerry 5G akan di keluarkan. Namun sehingga kini nampaknya penantian itu sudah sampai ke penghujungnya kerana kami akur BlackBerry bakal dihentikan dalam tahun 2022.

Untuk lihat apa artikel terbaru kami jemput masuk ke laman utama iAwani blog teknologi


iAwani Blog Teknologi

info teknologi - perkembangan teknologi masa kini

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama