4 Blog Teknologi Bahasa Melayu Di Malaysia Dalam Tahun 2022 - Jika anda sampai ke artilel ini itu maknanya anda sedang mencari-cari informasi mengenai blog-blog teknologi dalam Bahasa Melayu yang masih ada di ruang internet dalam tahun 2022. Paling tidak pun anda ingin tahu apa dia blog-blog teknologi dan informasi yang best untuk di baca dalam 2022 ni.
So, kenapa ada ramai orang cari blog teknologi dalam Bahasa Melayu? Jawapannya keranak nak membaca mengenai perkembangan teknologi terkini dalam hal ehwal semasa.
Lagipun tak banyak blogger juga penulis kandungan yang menerbitkan kandungan topik-topik teknologi dalam Bahasa Melayu dalam ruang internet Malaysia. Niche teknologi merupakan niche yang agak popular bahkan semakin popular dari setahun ke setahun.
Baiklah bagi anda yang sedang mencari-cari nama senarai blog-blog teknologi berbahasa Melayu yang ada di ruang internet Malaysia dalam tahun 2022, berikut senarai blog-blog tersebut.
Blog Teknologi Bahasa Melayu Di Malaysia 1 - Amanz
Blog teknologi Amanz.my |
Ketika itu Shuth masih lagi bekerja di NIOSH sebagai Pegawai Teknologi Maklumat sebelum berhenti kerja untuk menjadi usahawan internet full time. Pada kemunculan pertama blog Amanz, kami masih ingat lagi masa tu Aman Firdaus menggunakan domain Amanz.net (dot net).
Selepas itu Amanz 'hilang' seketika dari dunia blogging kemudian dia muncul semula dengan blog baharu milknya menggunakan nama domain Amanz.my pada awal tahun 2008.
Pada masa tu sekitar tahun 2008 aplikasi web Yahoo Messenger atau YM masih amat popular. Kalau nak mengurat masa tu terus akan tanya dia "awak ni ada YM tak? Boleh chat nanti". Gitulah ceritanya.
Mana ada WhatsApp, WeChat, MiChat dan Telegram pada awal tahun 2008 tu. Hanya ada Yahoo Messenger, email (Gmail dan Yahoo Mail amat faymes ketika tu) beserta SMS biasa.
Hari ini dalam Februari 2022 kami sudah pasti hampir semua pengguna handphone dan pengguna smartphone amat jarang sekali send sms.
Asal sebut blog teknologi bahasa Melayu, pasti Amanz.my yang akan muncul di fikiran. Dalam tahun 2022 kandungan blog teknologi Amanz bukan hanya sekadar imej dan teks sahaja tapi banyak berbentuk video review, ulasan, perbandingan serta rangkuman berita-berita teknologi terkini.
Team penulis blog Amanz juga bekerjasama dengan Majalah PC terbitan Karangkraf yang mana Amanz bertindak sebagai penulis serta pencipta kandungan bagi majalah ikonik itu. Kalau beli Majalah PC anda akan lihat sendiri nama-nama penulis blog Amanz.my ada di situ.
Sehingga ke bulan Februari 2022 blog teknologi Amanz mendapat 261,508 Likes di Facebook beserta 290,861 Followers di Facebook page mereka. Kalau tengok ke Instagram pula blog Amanz ada 24.8k followers
Untuk memberi komen di artikel-artikel di blog Amanz.my anda perlulah mendaftar menjadi user di portal Amanz.my. Tujuan penggunaan sistem membership di ruang komen sebegini adalah untuk mengawal spam dan memudahkan penulis artikel mengawal komen-komen yang ada.
Penulis artikel di blog Amanz.my ada 4 orang iaitu Firdaus Hassan, Nazrin Zain, Fahim Zahar, Amy Maizura, juga Effi Saharudin
Kandungan artikel teknologi di blog Amanz.my senang di baca kerana Amanz.my menggunakan font saiz besar (saiz 16-18) serta menggunakan one page layout untuk menjadikan reading experience menjadi selesa. Tak ada gangguan sidebar di kiri dan kanan artikel.
Blog Teknologi Bahasa Melayu Di Malaysia 2 - Wiser
Blog teknologi Wiser |
Selain Amanz kami di iAwani turut suka membaca blog teknologi Wiser. Blog teknologi Wiser dimulakan pada pertengahan tahun 2016 ketika kami di di iAwani masih bekerja sebagai Webmaster sepenuh masa di sebuah syarikat pelancongan tempatan.
Perkataan Wiser tu pada padangan kami berasal dari perkataan "wise" iaitu perkataan Bahasa Inggeris yang bermaksud bijak. Jadi apabil sebut "wiser" ia membawa maksud "lebih bijak".
Boleh dikatakan Wiser merupakan sebuah blog teknologi baharu yang dimulakan dengan big budget kerana boleh mencapai jumlah readers dan subscribers dalam masa yang singkat menggunakan Facebook page mereka.
Kalau tengok kat Facebook, blog teknologi Wiser mempunyai 232,336 Likes dan 322,058 Followers. Bagi kami jumlah itu agak strong. Lebih kurang setanding dengan blog teknologi Amanz.my yang merupakan otai dalam arena blog teknologi.
Wiser mempunyai 24,000 followers di Twitter beserta 47,500 followers di Instagram.
Dari pengamatan kami kandungan Wiser.my dan kandungan blog Amanz.my hampir lebih kurang sama iaitu kandungan berbentuk berita teknologi, berbentuk review juga panduan-panduan "how to". Selama kami rajin baca kedua-duanya apa yang kedua-duanya terbitkan hampir sama cuma dalam gaya penulisan berbeza.
Lebih kurang macam laman web berita mainstream iaitu Harian Metro vs Sinar Harian vs Utusan Malaysia vs Astro Awani. Masing-masing menerbitkan kandungan berita yang hampir sama tapi cuma gaya penyampaian, olahan dan masa menerbitkan kandungan yang berbeza.
Blog teknologi Wiser juga bukan hanya sekadar memaparkan kandungan teknologi dalam bentuk artikel, teks, gambar bahkan turut memaparkan kandungan dalam bentuk video informatif di YouTube channel mereka.
Blog teknologi Wiser turut menggunakan sistem membership di laman blog mereka menyamai langkah di gunakan oleh blog teknologi Amanaz. Kalau nak taip komen kenalah register dulu jadi user di blog Wiser.my. Blog Wiser tidak menggunakan sistem komen tradisional sepertimana di blog-blog lain.
Blog teknologi Wiser mempunyai paparan dark mode. Selain itu blog teknologi Wiser menampilkan 3 kolum kandungan di laman utama blog mereka iaitu ruang Feeds (untuk memaparkan komen-komen dan perbincangan di kalangan peminat-peminat blog Wiser), ruang Artikel untuk pengunjung membaca artike-artikel terkini di blog teknologi Wiser kemudian ada laman khas untuk ruang Video.
Kandungan terkini blog teknologi Wiser banyak di hasilkan oleh "ariffmac" , "amsyar" , "meoflaxz", "aminuddin" dan "mohdfaiz9861". Er.. masing-masing tidak mendedahkan nama sebenar. Hanya moniker username masing-masing sahaja.
Blog Teknologi Bahasa Melayu Di Malaysia 3 - Soya Cincau BM
Blog teknologi Soya Cincau BM |
SoyaCincau.com merupakan blog teknologi popular di ruang internet Malaysia. Kami di iAwani mula menjumpai SoyaCincau.com sekitar Januari 2008.
Ketika dalam tahun 2008 tu Soya Cincau menerbitkan artikel blog dalam Bahasa Inggeris. Mereka memanggil diri mereka sebagai "telco blog". Kandungan SoyaCincau.com ketika itu hampir lebih kurang sama dengan MalaysianWireless.com yang juga banyak menulis mengenai perkembangan dunia telekomunikasi di Malaysia yang menerbitkan kandungan dalam Bahasa Inggeris.
Slogan utama blog teknologi SoyaCincau adalah "Alternative Views of the Local Mobile Scene and Then Everything Else - Maybe". Laman blog teknologi SoyaCincau di mulakan oleh dua orang sahabat baik yang merupakan bekas kakitangan U Mobile.
Kandungan blog teknologi SoyaCincau pada masa itu menumpu kepada telekomunikasi dengan menampilkan berita perkembangan syarikat-syarikat telekomunikasi di Malaysia, dan berita mengenai produk-produk postpaid dan prepaid dikeluarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi mudah alih di Malaysia.
Hasil dari populariti blog teknologi SoyaCincau, team editorial mereka telah 'membesar' lalu bercabang menjadi dua lagi blog teknologi baharu iaitu Soya Cincau BM dan Soya Cincau SoyaCincau Cina.
Kini dalam bulan Februari 2022 blog teknologi SoyaCincau.com, blog teknologi Soya Cincau BM dan blog teknologi Soya Cincau Cina diletakkan di bawah rangkaian Media Works Sdn Bhd
Kandungan utama blog teknologi Soya Cincau BM adalah berita-berita teknologi, berita perkomputeran, review produk-produk gajet, tips & tricks, perkembangan industri telekomunikasi mudah alih di Malaysia serta panduan langkah-demi-langkah berbentuk "how to".
Artikel-artikel teknologi yang diterbitkan di Soya Cincau BM banyak di hasilkan oleh Fatin Amanina, Najib dan Hafiz Azrai. Facebook page Soya Cincau BM mendapat 30,960 Likes dan kini mempunyai 49,404 Followers.
Kalau di Instagram blog teknologi Soya Cincau BM mempunyai 2108 followers.