Hotlink Menumpu Pada Pantas Dan Unlimited


Hotlink Menumpu Kepada Pantas Dan Unlimited Mulai Januari 2022 - Gaya hidup pengguna smartphone dalam tahun 2022 semakin berubah dan terus berubah. 

Sepanjang tahun 2020-2021 ketika kita semua di Malaysia di landa pandemik Covid-19 yang mengakibatkan perintah kawalam pergerakan banyak di laksanakan, majoriti daripada pengguna handphone memilih untuk terus meluangkan masa dengan handphone masing-masing sebagai aktiviti pilihan untuk hilangkan boring ketika itu.

So ini menggalakkan lebih ramai pengguna handphone melaksakaan aktivit baharu di smartphone mereka iaitu dengan bermain games juga menonton video filem-filem ataupun menonton video drama-drama secara online streaming. 

Nama Netflix, Viu juga iFlix menjadi popular dengan pantas di pertengahan tahun 2020 gara-gara popularnya aktiviti online streaming untuk hiburan peribadi di handphone.

Pengenalan Hotlink Pantas Dan Hotlink Tanpa Had

Dalam awal tahun 2022 kami lihat pihak Hotlink iaitu salah satu jenama prepaid popular di Malaysia telah memperkenalkan dua pakej baharu dalam pakej prepaid mereka iaitu pakej Hotlink Pantas dan pakej Hotlink Unlimited (bermaksud Tanpa Had)

Kalau lihat pada namanya sudah pasti pakej Hotlink Pantas menumpu kepada data internet berkelajuan tinggi untuk pengguna-pengguna Hotlink di seluruh Malaysia. 

Biasanya pengguna data internet mudah alih berkelajuan tinggi yang mementingkan speed berbanding hal lain sudah pasti di kalangan gamers juga peminat online streaming service seperti Netflix, Viu, iFlix, YouTube Premium juga Facebook Watch.

Apa Itu Hotlink Pantas

Internet mudah alih pantas sudah pasti amat perlu bagi memastikan kualiti kandungan dapat dinikmati dalam bentuk berdefinasi tinggi. Ketika bermain games di handphone sudah pasti tidak ada 'lagging' iaitu tifak ada sangkut-sangkut pada penggunaan data di sebabkan talian internet mudah alih yang slow.



Hotlink Pantas memperuntukkan langganan data untuk sekali penggunaan pada jumlah besar pada harga sederhana. Untuk pakej Hotlink Pantas dari pemerhatian kami pihak Hotlink menyediakan pelan-pelan langganan seperti berikut..

  • RM30 dapat 20GB
  • RM15 dapat 15GB
  • RM10 dapat 5GB
  • RM4 dapat 2GB
  • RM2 dapat 1GB

Dalam website mereka Hotlink tidak nyatakan berapa kelajuan data kalau langgan mana-mana pakej Hotlink Pantas ni. 

Tapi kami agak mungkin kelajuan data adalah 'normal' mengikut taraf 4G iaitu dalam lingkungan 45Mbps hingga 100Mbps bergantung kepada kawasan mana anda berada. Pakej ini menumpu pada data internet yang laju sahaja. 

Tidak ada unlimited data juga unlimited call disertakan sekali dalam Hotlink Pantas. Ia hanya utamakan speed lebih dari segala-galanya.

Kami dapati untuk langganan pas data internet Hotlink Pantas tidak ada had masa di kenakan. Tempoh langganan yang di subscribe oleh pengguna Hotlink Pantas boleh jadi untuk penggunaan dalam 3 hari, dalam 5 hari, dalam seminggu, dalam 2 minggu atau lebih dari itu bergantung kepada gaya penggunaan data si pemilik smartphone.

Langganan data pantas ini lebih ditumpukan kepada pengguna smartphone di kalangan anak-anak muda juga di kalangan dewasa yang suka menggunakan data internet mudah alih yang laju serta tidak sangkut-sangkut.

Walau bagaimanapun anda harus faham ini semua bergantung kepada di area mana anda berada. Andai kata anda berada di kawasan yang tidak ada coverage Maxis atau line Maxis agak lemah akibatnya sudah tentu tidak dapat guna pakej Hotlink Pantas ni.

Apa Itu Hotlink Unlimited

Selepas pakej Hotlink Pantas, pihal Hotlink ada sediakan pakej baharu yang kedua di namakan Hotlink Unlimited atau Hotlink Tanpa Had dalam Bahasa Melayu. 

Dari pemerhatian kami apabila pengguna Hotlink Unlimited (Tanpa Had) ni subscribe pada pakej tersebut mereka memang dapat data internet mudah alih yang bersambung terus all the time secara unlimited tapi ada had kelajuan.

Dalam pakej Hotlink Unlimited (Tanpa Had) kami dapati makin besar anda berbelanja maka makin lajulah data Hotlink Unlimited (Tanpa Had) yang anda akan dapat.




Hotlink Tanpa Had adalah untuk langganan bulanan. Dalam pada itu pengguna Hotlink yang melanggan Hotlink Unlimited akan dapat unlimited call, unlimited hotspot (dengan menambah kos RM5 pada setiap langganan) selepas tu dapat langganan Viu Premium secara free.

Berikit kami senaraikan harga langganan data mudah alih dalam pakej Hotlink Unlimited (Tanpa Had)

  • RM45 untuk data internet tanpa had berkelajuan 3Mbps
  • RM45 internet tanpa had berkelajuan 6mbps
  • RM60 internet tanpa had berkelajuan 18mbps
  • RM85 internet tanpa had berkelajuan 18mbps + sooka VIP+Sports untuk 30 hari.

Walau bagaimanapun penggunaan data internet mudah alih bersifat unlimited ini bergantung kepada Fair Usage Policy. 

Maknanya akan berlaku perubahan pada kelajuan data apabila kuota habis. Kesannya data akan jadi makin perlahan dari yang sebelumnya.

Review Kami

Jika lihat pada perbandingan harga kedua-dua pakej iaitu pakej Hotlink Pantas dan Hotlink Unlimited nampaknya harga langganan data mudah alih dalam pakej Hotlink Unlimited jauh lebih mahal.

Lagi satu kami perasan Hotlink tidak nyatakan saiz langganan data yang pelanggan akan dapat apabila langgan harga RM45, harga RM60 dan harga RM85 tu.

Kalau langgan RM85 tu berapa GB data akan dapat? 

Kalau langgan Hotlink Unlimted RM60 pula berapa GB data yang akan dapat?

Jawapannya kena beli sendiri simkad Hotlink Unlimited Tanpa Had ni pastu try lalu lihat sendiri. Dalam artikel ini kami cuma buat pengenalan pada Hotlink Pantas juga Hotlink Tanpa Had kerana kedua-duanya merupakan pakej baharu Hotlink untuk 2022.

Bagi anda yang selalu banyak hotspot pakai simkad Hotlink sepanjang masa untuk sambungan internet saranan kami ngam ambil pakej Hotlink Unlimited ni. Nak langgan hotspot hanya perlu tambah RM5 sahaja pada kos langganan pakej yang anda pilih. 

Tempoh aktif hotspot dalam Hotlink Unlimited ni berfungsi mengikut tempoh aktif pakej yang di pilih dan kelajuan pas bulanan.

Kalau data hotspot Hotlink Unlimited habis anda boleh beli lagi langganan data tambahan yang ada tersedia pada harga RM1, RM3, RM10.

Tapi sekali lagi kami tekankan fungsi kesemua yang tersenarai dalam pakej langganan Hotlink Unlimited ni bergantung kepada area di mana anda berada juga di mana anda tinggal. 

Saranan kami check dulu area anda dapat line Hotlink atau tidak. Bagi yang tidak tahu Hotlink sebenarnya guna line Maxis. 

Hotlink dikeluarkan oleh Maxis kerana Maxis tidak menyediakan simkad prepaid. Kalau anda minat nak gunakan line Maxis tapi nak pakai yang prepaid sahaja kenalah pakai Hotlink. 

So mana satu yang anda nak gunakan? Nak pakai data internet mudah alih yang pantas untuk puas hati atau yang unlimited untuk kekal online? 

Semua itu bergantung kepada bajet anda, tahap kewangan anda, aktiviti penggunaan smartphone anda dan keperluan penggunaan.

Untuk lihat apa artikel terbaru kami jemput masuk ke laman utama iAwani blog teknologi.


iAwani Blog Teknologi

info teknologi - perkembangan teknologi masa kini

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama