Google Disaman 2.1 Billion Euro Oleh PriceRunner Sweden


Google Disaman 2.1 Billion Euro Oleh PriceRunner Sweden - Semuanya kerana Google memperlihatkan perbandingan harga yang di anggap 'tidak adil' oleh PriceRunner di search engine result page di ruang internet negara Sweden yang akhirnya menarik pengguna internet untuk tidak lagi berminat menggunakan PriceRunner.

Price Runner merupakan sebuah syarikat teknologi di Eropah yang menumpu kepada perkhidmatan perbandingan harga secara online (price comparison service) khusus buat pengguna-pengguna internet di negara-negara Eropah. 

Lebih kurang sama macam Trivago kalau di pasaran internet Malaysia yang membuat 'price comparison service' antara hotel-hotel di Malaysia. 

Bezanya PriceRunner ni menumpu kepada perbandingan harga untuk barangan-barangan yang dijual secara online di Eropah khususnya UK, Sweden, Denmark. PriceRunner sudah beroprasi sejak 1999.

Kalau di Sweden enjin carian Google mempunyai fungsi carian Google Shopping yang mana fungsi tersebut akan memaparkan perrbandingan senarai harga barangan-barangan yang dijual secara online di sana. 

Apabila pengguna berpuas hati dengan senarai harga yang dipaparkan mereka akan klik untuk terus beli tanpa perlu masuk ke website lain lagi misalnya ke PriceRunner. Hal yang sama turut berlaku pada pengguna di UK.

Menurut kenyataan dari PriceRunner sepertimana dilaporkan oleh CNN, harga yang dipaparkan di enjin carian Google adalah berbeza berbanding harga yang dipaparkan oleh PriceRunner, so pengguna internet di sana sudah kurang menggunakan perkhidmatan PriceRunner akibat lebih mempercayai shopping search result yang dipaparkan oleh Google.

Pihak PriceRunner menuduh Google "abusing the market" dengan memanipulasikan paparan harga di online shopping comparison search result dalam enjin carian mereka mengakibatkan PriceRunner kerugian - kerana sudah semakin kurang jumlah pengguna internet yang menggunakan perkhidmatan PriceRunner untuk melihat perbandingan harga. 

PriceRunner sendiri tidak mempromosikan perkhidmatan mereka menggunakan Adwords untuk menarik perhatian pengguna internet yang mana mengakibatkan semakin ramai kurang menggunakan perkhidmatan PriceRunner. 

Bagi pandangan PriceRunner, Google nampaknya mahu memonopoli pasaran 'price comparison service' di Eropah. Jadi, bagi pendapat PriceRunner tindakan itu perlu dihalang.

Bagi pendapat kami Google merupakan sebuah enjin carian berteknologi tinggi yang sering ditambahbaik dari semasa ke semasa bahkan algoritma Google sering dikemaskini setiap tahun untuk menjadi semakin baik dari sebelumnya. 

Oleh kerana itu lebih ramai pengguna internet beralih ke Google untuk membuat carian juga membuat perbandingan harga sebelum melakukan pembelian online.

Pengguna tidak kisah mana satu website mereka gunakan asal dapat memenuhi keperluan. Tidak hairanlah kenapa banyak syarikat teknologi besar sering menuduh Google memanipulasi pasaran internet hanya kerana penggua yang semakin ramai.

Untuk lihat apa artikel terbaru kami jemput masuk ke laman utama iAwani blog teknologi.

iAwani Blog Teknologi

info teknologi - perkembangan teknologi masa kini

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama