3 Platform Jual Beli Online Shopping Boleh Dipercayai Dalam 2022 - Bagi pengguna internet yang mahu menjual barangan hanya dari rumah, menjual dari kolej atau dari tempat kerja, sudah pasti mahukan tempat menjual di internet yang boleh dipercayai dan boleh di harap agar barangan mereka dapat di jual dengan jayanya.
Apabila sebut online shopping atau jual beli online melalui internet, perkataan paling ditakuti yang akan muncul di minda semua orang adalah ini - Penipuan.
Takut di tipu, takut jadi mangsa penipuan, takut di permainkan oleh scammer merupakan alasan paling utama kenapa ramai pembeli amat berhati-hati.
Platform jual beli atau beli jual ini berbeza sekali dengan Shopee atau Lazada yang lebih banyak di dominasi oleh penjual. Kenapa? Ini sebabnya.
Sebab 1 - Model C2C.
Bermaksud platform sebegini lebih kepada dari seorang pengguna biasa kepada pengguna yang lain. Misalnya jual smartphone Samsung yang dah di pakai kepada orang lain yang minat mahu membeli telefon tersebut untuk kegunaan mereka. Contoh lain, seorang pengguna kamera Nikon yang sudah tidak lagi menggunakan kamera miliknya menjual kamera tersebut kepada mana-mana individu lain yang berminat mahu membelinya pada harga di persetujui.
Sebab 2 - Berjumpa Di Dunia Sebenar.
Platform sebegini menggalakan pertemuan bersemuka anda penjual dan pembeli bagi melaksanakan transaksi jual beli atau transaksi beli jual. Sebagai pembeli, apabila berjumpa dengan penjual secara berdepan menjadikan pembeli rasa lebih yakin. Hilang ketahukan di tipu atau di permainkan.
3 Platfrom yang kami maksudnya ini lebih banyak memerlukan cash on delivery (c.o.d) atau pembayaran tunai ketika penyerahan barangan - bukannya yang mewajibkan penghantaran melalui pos sepertimana di lakukan kebanyakan seller di Shopee atau Lazada.
Berikut 3 platform online shopping di Malaysia yang boleh dipercayai dalam 2022 yang kami rekemenkan.
Online Shopping Platform 1 - Mudah.my
Laman Mudah.my (desktop view) |
Website Mudah.my online shopping platform sudah ada lama di ruang internet Malaysia. Dari pengalaman kami sendiri website Mudah.my ni sudah ada mulai pertengahan tahun 2007 lagi. Pada ketika itu, kami di iAwani masih aktif berniaga di internet sebagai affiliate juga sebagi penulis blog sambilan sebagai hobi.
Ketika dalam tahun 2007 hingga 2008 website Mudah.my menggunakan nama domain Mudah.com atau di sebut "mudah dotkom". Lama kelamaan nama domain mereka di tukar menjadi "mudah dot my" untuk menarik pengguna di sekitar negeri-negeri dalam Malaysia.
Mudah.my menawarkan 3 jenis akaun untuk mana-mana pengguna internet yang mahu menjual barangan secara online iaitu akaun sebagai pengguna biasa, akaun sebagai sebuah entiti perniagaan atau sebagai jenama perniagaan kemudian akaun sebagai penjual professional.
Akaun sebagai penjual professional membolehkan pemilik akaun membuka banyak iklan lebih dari 5 iklan di website Mudah.my dalam satu masa. Dari pengalaman kami sendiri sebagai pengguna Mudah.my nampaknya laman web ini sentiasa di perbaharui dari semasa ke semasa untuk melindungi pembeli juga untuk memberi pengalaman shopping terbaik pada jutaan penggunanya.
Sekitar tahun 2010 hingga 2015 laman web Mudah.my menjadi sasaran scammer atau penipuan internet di Malaysia. Cara penipuan adalah dengan menawarkan barangan kemudian menawarkan penghantaran melalui pos ataupun syarikat kurier (penghantaran melalui serahan tangan).
Selepas itu seller akan minta buyer agar memasukkan bayaran dengan cara bank-in, online transfer ataupun bayar melalui cash deposit machine. Akhirnya, barangan yang dibeli tidak sampai-sampai.
Cara penipuan lain adalah di lakukan oleh pembeli dari luar negara. Sasaran mereka adalah penjual-penjual di Mudah.my yang menjual barangan sambil menggunakan WhatsApp sebagai medium komunikasi. Pembeli dari luar negara tersebut akan meminta seller mengirimkan barangan melalui post kepada mereka. Sebagai balasan si pembeli berjanji akan membayar dalam US Dollar.
Jika anda menemui situasi begini kami minta agar anda berhati-hati. Kenapa kami kata website Mudah.my merupakan online shopping platfrom paling di percaya di Malaysia? Ini sebabnya..
- Team kakitangan Mudah.my menyemak juga meneliti setiap satu iklan yang di upload oleh penggunanya sama ada oleh pengguna biasa, business user atau professional user (pro niaga). Oleh kerana mereka menyemak setiap satu iklan yang dikeluarkan oleh user jadi masa untuk iklan itu di approve agak lama. Dari pengalaman kami sendiri tempoh iklan di keluarkan adalah dalam 1 jam hingga ke 4 jam. Bergantung kepada jenis iklan dan kategori mana iklan anda keluarkan.
- Menggalakkan chat pantas instant messasing melalui aplikasi Mudah.my sendiri. Anda ada pilihan untuk memaparkan nombor WhatsApp atau nombor telefon untuk mudah di hububgi oleh pembeli yang berminat mahu membeli barangan anda. Tapi awas. Nombor telefon anda akan jadi sasaran scammer juga spammer.
Online Shopping Platform 2 - Facebook MarketPlace
Facebook Marketplace (desktop view) |
- Anda tidak boleh menjual juga mempromosi apa jua perkhidmatan. Contoh perkhidmatan adalah seperti car wash, penginapan, khidmat spa dan wellness, khidmat klinik gigi, khidmat perubatan juga khidmat berkaitan kesihatan. Ini untuk mengelakkan salah guna.
- Link juga hashtag akan dipadam oleh Facebook jika anda masukkan link tersebut juga hashtag tersebut di iklan yang anda paparkan di Facebook MarketPlace.
- Facebook MarketPlace hanya sesuai untuk menjual produk fizikal seperti smartphone, tablet, laptop, perabot, bilik sewa, rumah sewa, krim kecantikan, alatan sukan, peralatan elektrik, peralatan berkebun, kenderaan juga lot kedai untuk di sewa.
- Dari pemerhatian kami sebelum ini mulai tahun 2016 pihak Facebook ada membuka ruang Marketplace Jobs di ruang MarketPlace untuk mana-mana pengguna Facebook mencari pekerja juga mengiklankan jawatan kosong. Namun pada Februari 2022 dari pemerhatian kami pihak Facebook telahpun membuang kategori "Jobs" dari Facebook MarketPlace untuk mengelakkan kategori itu di salah guna oleh peniaga yang mencari agen-agen baharu juga scamer yang menawarkan peluang kerja secara online.
Online Shopping Platfrom 3 - Carousel
Laman web Carousel (desktop view) |