Google Kini Hadkan Pengambilan Data Pengguna

google-privasi-privacy-1-iawani-android-blog-teknologi

Google Merancang Untuk Hadkan Pengambilan Data Pengguna Mereka - Google akan menghadkan jumlah data pengguna yang mereka perolehi dari pengguna mereka khususnya pengguna peranti-peranti Android - khususnya smartphone. Buat masa ini sistem operasi Android merupakan sistem operasi peranti mudah alih banyak di gunakan.

Smarpthone Android pula merupakan jenis smartphone paling banyak digunakan di seluruh dunia sekarang ini. Menurut laporan dari The Guardian, jumlah pengguna Android dalam bulan Februari 2022 sudahpun mencecah 2.5 billion orang dari seluruh dunia. 

Dari segi penguasaan pasaran smartphone di peringkat dunia (pasaran global), Android menguasai 72% dari keseluruhan pasaran smartphone di seluruh dunia.

Oleh kerana ramai orang menggunakan smartphone Android dengan mendaftar akaun Google di peranti masing-masing ini membolehkan aplikasi-aplikasi Google sepeeti Gmail, YouTube, Maps, Photos, Keep, menjadi semakin kerap di gunakan. 

Dalam masa yang sama setiap pengguna yang menggunakan produk-produk Google bersetuju untuk memberikan Google akses kepada data peribadi mereka dalam perjanjian "User Agreement" ketika mendaftar untuk mula-mula menggunakn produk-produk Google.

Penggunaan kerap membolehkan Google mengambil sebahagian kecil data berkaitan pengguna seperti kata kunci carian, location history, video-video yang mereka tonton di YouTube, tempat-tempat yang pernah mereka pergi, topik laman-laman web yang mereka minati serta apa yang kerap mereka cari di internet. 

Alasan Google 'menyedut' dan menyimpan sebahagian kecil data peribadi pengguna adalah untuk menambahbaik produk dan perkhidmatan Google iaitu dengan 'memahami' selera pengguna. Namun akhirnya Google memanipulasi data-data pengguna mereka lalu menggunakan data-data tersebut untuk memaparkan iklan-iklan yang akhirnya akan menguntungkan Google kelak.

Namun hal ini tidak disenangi oleh pengguna Google kerana dianggap mangsa manipulasi Google dengan menggalakkan pengguna biasa rajin menggunakan produk dan perkhidmatan dikeluarkan oleh syarikat teknologi Google - semata-mata supaya Google untung.

Ramai pengguna Google kata Google telah memecah privasi hidup mereka dengan alasan Google mahu 'memahami' penggunanya dengan lebih baik.

Justeru untuk itu pihak Google telah membuat perubahan dengan berjanji akan menambahbaik sistem mereka - iaitu menghadkan pengambilan data peribadi pengguna.

Menurut Anthony Chavez, Vice Precident, Product Management, Android Security & Privacy dalam satu artikel diterbitkan di The Keyword yang merupakan blog rasmi dari syarikat teknologi Google, beliau berkata pihak Google kini sedang dalam proses menambahbaik sistem pengiklanan mereka disamping turut menambah baik privasi pengguna Google.

Kakitangan Google akan mewujudkan "Privacy Sandbox".

Matlamat Penubuhan Privasi Sandbox adalah untuk memperkenalkan sistem pengiklanan terbaru yang melindungi privasi pengguna-pengguna Google di tahun-tahun akan datang. Google memberi konfirmasi data pengguna tidak akan dikongsikan sewenang-wenangnya dengan pihak ketiga juga pihak luar selain Google dan pengguna selama dalam proses menambahbaik sistem pengiklanan.

Kami di iAwani percaya dalam beberapa bulan akan datang Google bakal mengeluarkan perjanjian baharu "Terms and Condition" atau "User Agreemment" lebih baharu untuk memberi kepastian yang menyatakan bahawa pihak Google sebagai penyedia produk dan perkhidmatan akan menghadkan pengambilan data peribadi pengguna demi melindungi privasi pengguna-pengguna Google di seluruh dunia termasuklah di Malaysia.

Dalam pada itu kami di iAwani juga berpendapat Google akan menambahbaik lagi privacy & security pengguna smartphone Android dalam versi Android seterusnya yang dijangka akan diperkenalkan pada umum dalam tahun 2022 iaitu Android 13.


Lawati laman utama blog iAwani untuk berita teknologi terkini.

iAwani Blog Teknologi

info teknologi - perkembangan teknologi masa kini

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama