Masa Depan Kamera Digital Selepas 2022

 kamera-dslr-digital-1

Masa Depan Kamera Digital Selepas 2022 - Dalam artikel blog teknologi kali ini kami ingin berbicara mengenai masa depan kamera digital dalam era smartphone yang semakin canggih lalu muncul dengan lensa yang lebih bagus dari lensa kamera digital.

Kamera digital yang kami maksudkan dalam artikel ini adalah kamera DSLR, kamera kompak (compact kamera) dan kamera digital yang tidak bercantum dengan smartphone. Dalam tahun 2022 kami semakin jarang lihat model-model kamera DSLR terbaharu diperkenalkan.

Umum tahun pada pengenalan iPhone 14 dalam bulan September 2022, Apple telah menampilkan iPhone 14 sebagai sebuah telefon pintar yang mempunyai kamera yang amat bagus - bahkan jauh lebih bagus dari model-model iPhone lain yang sebelumnya.

Nampaknya dari setahun ke setahun iPhone akan tampil dengan model kamera yang jauh lebih bagus dari model-model terhadulu sebelumnya. Pesaingnya juga begitu.

Dalam tahun 2023 apabila iPhone memperkenalkan iPhone 15 atau iPhone 16 pastu model iPhone tersebut akan tampil dengan kamera yang jauh lebih bagus dari iPhone 14 juga iPhone 13.

Persoalannya - apabila smartphone tampil dengan kamera jauh lebih bagus dari kamera DSLR atau kamera digital biasa apa akan jadi pada kamera-kamera tersebut? Masih ada lagi kah orang yang akan guna kamera biasa?

Jawapannya - ada. Tapi hanya dalam jumlah yang sedikit sahaja berbanding sebelum ini ditahun-tahun yang lalu.

Kamera Dslr Vs Telefon Mudah Alih

Orang yang menggunakan kamera DSLR pasti ada memiliki smartphone untuk berhubung. Dia sekurang-kurangnya pasti akan menggunakan sebuah telefon bimbit untuk memudahkan perhubungan.

Kami di iAwani masih ingat lagi dalam tahun 2007 tu apabila memiliki kamera DSLR anda akan dipandang sebagai seorang yang professional yakni photographer professional ataupun melakukan aktiviti fotografi sebagai hobi.

Tahun 2007 adalah tahun paling unik kerana itu merupakan satu-satunya tahun dalam dunia ini di mana iPhone generasi pertama diperkenalkan.

iPhone generasi pertama itu tampil sebagai sebuah smartphone yang tidak ada papan kekunci langsung - dan hanya menggunakan sentuhan hujung jari untuk penggunanya menekan keyboard juga menekan butang dail. Butang fizikal yang wujud pada iPhone generasi pertama hanyalah butang Home, butang Silent Mode, butang Volume Up, butang Volume Down.

Namun dalam tahun 2022 ini apabila anda berjalan di tengah-tengah bandar dengan kamera DSLR besar geadabak di tangan atau bergantung di leher anda akan dilihat sebagai ketinggalan zaman.

Dalam fikiran orang lain yang terlihat anda ketika lalu lalang mereka akan terfikir - kenapa dia tidak guna smartphone sahaja untuk ambil gambar? Kan smartphone ni semua orang pun guna hari-hari dan semua orang pun bawa ke mana-mana.

Asal keluar dari rumah sesiapapun dalam tahun 2022 pasti akan bawa smartphone.

Bukannya bawa kamera DSLR besar gedabak.

Kamera Dslr Vs Kamera Smartphone

Kami perasan dalam tahun 2022 memiliki kamera DSLR untuk aktiviti fotografi khusus untuk orang yang baru berjinak-jinak dengan fotografi hanya pilihan sahaja. 

Kebanyakan orang mulai minat dengan smartphone photography - kerana sesiapa sahaja yang memiliki smartphone boleh mengambil gambar hanya dengan menggunakan kamera smartphone sahaja kemudian terus boleh edit lalu upload ke Facebook, ke Instagram juga ke akaun social media lain. 

Proses ini hanya mengambil masa singkat. Mungkin dalam 30 minit atau kurang daripada itu. Semuanya hanya menggunakan smartphone sahaja.

Apabila di banding dengan mengambil gambar menggunakan kamera DSLR ia akan jadi agak leceh. Prosesnya lama dan lambat. Ambil masa 30 minit atau lebih daripada itu bahkan mungkin ambil masa 1 jam ke atas.

Anda perlu ambil gambar menggunakan kamera, selepas itu memindahkan gambar ke laptop, MacBook, iMac atau ke desktop PC, kemudian edit, kemudian barulah upload ke social media seperti Facebook, Instagram, Tumblr ataupun Flickr.

Berbanding edit gambar lalu upload menggunakan smartphone - prosesnya lebih lajut dan lebih senang. Tidak perlu susah-susah lagi nak kena transfer gambar digital dari memori kad kamera DSLR masuk ke laptop untuk upload ke internet.

Lagi satu anda perlukan laptop ataupun komputer biasa untuk transfer gambar dari kamera DSLR ke laptop atau komputer biasa. Hal ini bagi ramai pengguna smartphone masa kini amat leceh kerana melibatkan proses yang banyak.

Smartphone hari ini datang dengan pelbagai aplikasi mudah alih untuk membolehkan pengguna smartphone edit gambar sesuka hati mereka mengikut kreativiti masing-masing.

Berbanding dengan kamera DSLR anda tidak akan dapat melakukan sedemikian. Anda hanya boleh edit gambar apabila anda transfer gambar dari kad memori DSLR ke dalam komputer lalu edit menggunakan software professional seperti Adobe PhotoShop ataupun Adobe Lightroom.

Syarikat pengeluar smartphone masa kini seperti Apple, Samsung, Vivo, Oppo, Xiaomi dan Huawai bersaing sengit. Masing-masing mahu jadi pendahulu dan mahu jadi yang paling hebat di mata pengguna smartphone agar jadi jenama paling disukai ramai.

Xiaomi sendiri menjadi pengeluar smartphone pertama yang memperkenalkan smartphone Android dengan kamera 108 megapixel. Vivo pula mengeluarkan model smartphone mereka khusus untuk aktiviti fotografi iaitu Vivo X50 kemudian Vivo X70.

Samsung pula sudah mulai memperkenalkan smarpthone terbaharu mereka dengan kamera yang memiliki lensa 108 megapixel.

iPhone 14 pula sedikit ketinggalan kerana baru sahaja tampil dengan kamera 48 megapixel kala pesaingnya sudahpun mengeluarkan smartphone dengan kamera 108 megapixel.

Majoriti daripada smartphone terbaharu dalam tahun 2022 memiliki resolusi gambar 4K bahkan boleh mengambil video dalam resolusi penuh 4K pada 30fps (frame per second). Fungsi ini sudah boleh menggantikan kamera DSLR.

Xiaomi Redmi Note 11 pula boleh merakan video di smartphone dalam resolusi 8K. Wah!

Pengeluar smartphone pada masakini masing-masing berusaha mengeluarkan model smartphone terbaharu dengan kamera paling canggih serta paling bagus berbanding model-model smartphone mereka yang terdahulu.

Hal ini menguntungkan pengguna smartphone kerana mereka mempunyai semakin banyak pilihan. 

Smartphone paling low-specs sekalipun seperti Samsung Galaxy A03 ataupun Vivo Y15 sudah ada kamera yang terang, yang memiliki jumlah megapixel yang besar kemudian memiliki storan memori badan yang besar dari 32gb hingga ke 64gb.

Kamera DSLR pula hanya tampil dengan lensa berkuasa 24 megapixel yang pada pandangan pengguna smartphone jauh ketinggalan dan jauh amat kecil berbanding kamera smartphone masakini dalam tahun 2022.

Penggunaan Kamera Dslr Di Masa Depan

Kami lihat peratus penggunaan kamera DSLR akan semakin menurun dari setahun ke setahun. 

Kenapa? Ini kerana pengguna biasa semakin beralih kepada peranti mudah alih. Mereka lebih suka menggunakan mobile device iaitu smartphone.

Jenama-jenama pengeluar kamera DSLR terkemuka seperti Nikon, Canon, Sony juga sudah beralih kepada mobile device dengan mengeluarkan kamera aksi yang bersaiz kecil seperti GoPro.

Persaingan juga semakin sengit dengan wujudnya kamera-kamera kecil tetapi dengan kapasiti lensa yang amat besar menyaingi keupayaan lensa sebuah kamera DSLR.

Lihat saja pada DJI Osmo Pocket 2 dan Insta360 - yang mana kamera-kamera kecil ni semua membolehkan penggunakanya merakam video resolusi tinggi 4K dalam apa jua aktiviti harian.

Tidak perlu lagi guna kamera DSLR. Pakai kamera-kamera tu sahaja.

Kamera Dslr Vs Kamera Kecil Tapi Kapasiti Besar

Kamera GoPro sendiri pun sudah mempunyai model terbaharu iaitu GoPro Hero 11 - lebih canggih, lebih terang, lebih berkuasa. GoPro Hero 11 sudah boleh menggantikan kamera DSLR dalam apa jua aktiviti fotografi sama ada fotografi professional ataupun fotografi rekreasional di kalangan pengguna biasa.

Bahkan pada hari ini dalam bulan Oktober 2022 hampir semua aktiviti seharian kita ada dalam smartphone. 

Kita membaca berita, nak tahu info terkini, menonton video, menonton filem, berkongsi update terkin bersama keluarga, membeli belah, transfer duit, membuat bayaran, menerima duit dan berhibur semuanya menggunakan smartphone sahaja.

Bahkan pada fikiran sesetengah orang smartphone sudah boleh menggantikan fungsi komputer biasa untuk mencari maklumat di internet, untuk membuka email, untuk membuka video secara online, untuk membuat graphic design, untuk mencipta logo, untuk melukis juga untuk menaip dokumen.

Akibatnya peralatan tradisional seperti kamera DSL, desktop pc dan laptop sudah semakin kurang digunakan. Bahkan hanya digunakan apabila perlu sahaja - seperti apabila perlu menggunakan skrin yang lebih besar berbanding skrin smartphone.

Sekarang pun dalam tahun 2022 apabila masuk ke restoran ataupun lepak-lepak di Starbuck pemandangan ramai orang memegang smartphone masing-masing dan melihat ke skrin smartphone masing-masing adalah pemadangan biasa.

Tapi apabila terlihat pemandangan seseorang membuka laptop 14 inci sambil mata meneliti ke skrin laptop ia seakan menjadi satu pemandangan yang ganjil. Sebabnya sudah tidak ramai orang membuka laptop di khalayak ramai berbanding tahun-tahun lalu sekitar 2010-2015.

Smartphone semakain cangggih dan semakin boleh menggantikan fungsi kamera DSLR juga komputer biasa.

Kami berpandapat dalam tahun 2025 smartphone yang akan muncul dalam tahun-tahun itu pasti akan memiliki lensa kamera yang lebih besar, cip pemprosesan yang lebih laju kemudian jumlah storan yang lebih besar dalam tahun 2022 ini.

Bahkan tidak mustahil smartphone dengan memori 512gb dan lensa optikal 108 mengapixel merupakan satu hal biasa di masa akan datang di tahun-tahun akan datang.

Kami berpendapat dalam 10 tahun akan datang kamera DSLR akan digunakan oleh golongan professional sahaja untuk aktiviti professional. Itupun dalam jumlah yang amat sedikit sahaja.

Tetapi untuk aktiviti fotografi rekreasi pengguna biasa tetap akan memilih untuk menggunakan smartphone. 

Senang nak edit, senang nak upload, senang untuk diperlihatkan pada yang lain, senang nak edit video kemudian senang untuk di simpan dalam cloud storage.

Syarikat pengeluar kamera DSLR seperti Nikon, Canon, Pentax, Sony, Olympus perlu bersedia menghadapi perubahan pasaran. 

Jika tidak mereka boleh gulung tikar sepertimana Nokia juga BlackBerry.

Sebabnya hanya kerana tidak ikut perubahan pasaran dan tidak mengeluarkan produk selari dengan perubahan pasaran masakini.


Lawati laman utama blog iAwani untuk berita teknologi terkini.

iAwani Blog Teknologi

info teknologi - perkembangan teknologi masa kini

1 Ulasan

  1. saya juga lebih suka guna fon untuk ambil gambar.. malas bawa kamera dslr ni. sudahlah besar berat pula, pastu mahal. Harga body kamera DSLR yang baru sudah RM1500.. bagus beli fon baru

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama