Cara Check Kelajuan Internet Di Kawasan Anda

Cara Check Kelajuan Internet Di Kawasan Anda

 

Cara Check Kelajuan Internet Di Kawasan Rumah Anda - Sebagai pengguna internet pasti anda ingin tahu berapakah nilai kelajuan capaian internet di kawasan anda sekarang ini. 

Mungkin kawasan anda berada sekarang ini di rumah, di tempat kerja, di kolej, di universiti tempat anda belajar atau mungkin anda sedang berada dalam kenderaan dan sedang menggunakan capaian internet mudah alih (mobile internet) menggunakan hotspot atau menggunakan modem 4G/5G.

Dalam artikel ini kami akan dedahkan cara macam mana nak check kelajuan internet di kawasan anda tanpa perlu install apa-apa aplikasi (mobile app), tanpa perlu membuka laptop juga tanpa perlu apa-apa software.

Cara check kelajuan internet di kawasan anda sepertimana kami dedahkan ini amat simple, amat senang dan amat ringkas. Straight to the point sahaja.

Persediaan Sebelum Check Kelajuan Internet

Apa yang anda perlu ada untuk nak check kelajuan internet di kawasan anda berada sekarang ini? 

Anda perlu anda 2 benda berikut:

1 - Smartphone, sama ada smartphone android ataupun smartphone iPhone. Smartphone model lain seperti BlackBerry, Windows Mobile ataupun Symbian OS boleh juga. Asal boleh dapat WiFi dan boleh buka kandungan internet di mobile browser dalam smartphone tersebut. Inilah device yang anda akan gunakan untuk nak check kelajuan internet di kawasan anda berada sekarang.

2. Talian internet - sama ada mobile internet data, Unifi, Streamyx, capaian WiFi di tempat awam, free WiFi di restoran ataupun guna WiFi di kolej tempat anda sedang belajar sekarang ini. Yang penting anda boleh dapat akses internet di device yang anda gunakan sekarang.

Langkah Macam Mana Nak Check Kelajuan Internet 

Ikuti panduan berikut step-by-step:

LANGKAH 1: MASUK KE WEBSITE FAST.COM 

Laman web Fast.com merupakan laman web dicipta khusus untuk check kelajuan internet di peranti anda yang gunakan sekarang ni di mana jua anda berada sekarang ini. Website Fast.com dicipta oleh Netflix, iaitu syarikat teknologi yang memberi perkhidmatan online streaming movie-movie best. 

Kalau anda tengok di bahagian header website tersebut, laman web Fast.com menggunakan slogan "Internet Speed Test". Jadi, usah ragu. Gunakan tanpa was-was.

LANGKAH 2: TUNGGU WEBSITE FAST.COM SELESAI CHECK KELAJUAN INTERNET ANDA

Apabila sudah masuk ke website Fast.com, anda akan perasan kandungan laman web itu kosong sahaja. 

Tidak ada apa-apa butang diperlihatkan. Ini kerana laman web Fast.com memang dicipta untuk mana-mana pengguna internet check kelajuan internet di peranti yang mereka gunakan.

Laman web Fast.com akan start berfungsi check kelajuan internet anda saat anda memasukinya. Tidak perlu tekan apa-apa butang. Hanya perlu tunggu sahaja. 

Proses untuk check kelajuan internet di kawasan anda berada hanya ambil masa 2-5 saat bergantung kepada kelajuan internet di kawasan anda sekarang.

LANGKAH 3: LIHAT KEPUTUSAN SELEPAS CHECK KELAJUAN INTERNET

Website Fast.com akan memaparkan keputusan hasil dari test yang dijalankan. Website Fast.com akan memaparkan jumlah kelajuan internet anda di kawasan anda berada sekarang dalam ukuran MegaBytePerSecond (Mbps). 



Jika anda menggunakan internet WiFi dipacu oleh Unifi, biasanya kelajuan internet adalah dalam 30Mbps hingga ke 80Mbps bergantung kepada pakej Unifi yang anda langgan juga bergantung kepada keadaan cuaca. 

Ini kerana dari pengalaman kami biasanya kelajuan internet Unifi akan jadi slow apabila kerap hujan atau kawasan anda berada sedang mengalami musim hujan.

Jika anda menggunakan mobile internet data misalnya melanggan data internet Celcom, data internet Digi, data internet Tune Talk ataupun mobile data internet dari mana-mana syarikat telekominikasi di Malaysia, kelajuan internet biasanya dalam 75Mbps hingga 150Mbps bergantung kepada kawasan di mana anda berada sekarang ini.

Website Fast.com akan memperlihatkan data-data lain seperti nama penyedia perkhidmatan internet yang anda sedang gunakan sekarang dan lokasi server internet yang digunakan untuk sambungan internet tersebut.

Dalam kes kami, apabila kami check kelajuan internet yang kami sedang gunakan di kawasan kami sekarang, kelajuannya adalah 33Mbps sahaja walaupun kami gunakan Unifi. Kemarin baru sahaja hujan. Server yang digunakan untuk sambungan internet kami adalah server di kawasan Kota Kinabalu dan Kuching.

Lawati laman utama blog iAwani untuk berita teknologi terkini.

iAwani Blog Teknologi

info teknologi - perkembangan teknologi masa kini

1 Ulasan

Terbaru Lebih lama