Harga Apple iPhone 14 Plus, iPhone 14 Pro dan iPhone Pro Max - 1TB Cecah RM8299


 Harga Apple iPhone 14 Plus, iPhone 14 Pro dan iPhone Pro Max - 1TB Cecah RM8299 - Laman web Apple Malaysia mula menayangkan harga rasmi iPhone 14, iaitu model iPhone terbaharu dalam tahun 2022.

iPhone 14 adalah fon iPhone generasi ke-16 diperkenalkan oleh Apple pada tarikh 7 September 2022 dalam satu acara rasmi anjuran Apple bertempat di Apple Park di Cupertino, California, Amerika.

iPhone generasi pertama telah diperkenalkan kepada umum pada tahun 2007.

Slogan utama Apple untuk iPhone terbaharu kali (iPhone 14) ini adalah Big And Bigger.

Sayangnya laman web rasmi Apple Malaysia tidak menayangkan kandungan laman web mereka dalam Bahasa Melayu tetapi sebaliknya hanya menayangkan kandungan dalam Bahasa Inggeris (English US) sahaja.

Dari pemerhatian kami terhadap laman web Apple Malaysia pada 22 September 2022, pihak Apple Malaysia nampaknya telah membuka laman pra-tempahan (pre order) untuk iPhone 14. 

Maknanya, sesiapa yang mahu beli iPhone 14 tu bolehlah tempah dulu kemudian tunggu iPhone 14 yang telah di tempah tu sampai. Tempah dulu terima kemudian.

Ini peluang untuk jadi yang terawal memiliki iPhone 14 juga iPhone 14 Pro

Mengikut laman web Apple Malaysia lagi, iPhone 14 akan boleh di dapati untuk tempahan mulai 23 September 2022. 

Tempahan untuk iPhone 14 Plus akan dibuka mulai 7 Oktober 2022.

Model iPhone 14 Pro dan iPhone Pro Max pula akan boleh didapati untuk tempahan online mulai tarikh 23 September 2022 bermula dari harga RM5,299.

Harga rasmi iPhone 14 sepertimana dalam laman web Apple Malaysia adalah RM4199. 

Harga iPhone 14 Plus pula adalah RM4,699. 

Wah! Dah semakin mahal pula iPhone ni dari setahun ke setahun.

iPhone 14 adalah model iPhone terbaharu dalam saiz 6.1 inci manakala iPhone 14 Plus pula ada model iPhone terbaharu dalam saiz 6.7 inci.

Untuk memudahkan pemahaman, berikut senarai model iPhone 14 yang dikeluarkan oleh Apple dalam bulan September 2022.
• iPhone 14
• iPhone 14 Plus
• iPhone 14 Pro
• iPhone 14 Pro Max

Berikut kami senaraikan kesemua harga iPhone 14 yang kami petik dari website Apple Malaysia pada 22 September.

Senarai Harga iPhone 14 biasa (6.1 inci):
• Harga iPhone 14 128gb RM4,199
• Harga iPhone 14 256gb RM4,699
• Harga iPhone 14 512gb RM5,99

Senarai Harga iPhone 14 Plus (6.7 inci):
Harga iPhone 14 Plus 128gb RM4,699
Harga iPhone 14 Plus 256gb RM5,199
Harga iPhone 14 Plus 512gb RM6,199

Senarai Harga iPhone 14 Pro (6.1 inci):
• Harga iPhone 14 Pro 128gb RM5,299
• Harga iPhone 14 Pro 256gb RM5,799
• Harga iPhone 14 Pro 512gb RM6,799
• Harga iPhone 14 Pro 1tb RM7,799

Senarai Harga iPhone 14 Pro Max (6.7 inci):
• Harga iPhone 14 Pro Max 128gb RM5,799
• Harga iPhone 14 Pro Max 256gb RM6,299
• Harga iPhone 14 Pro Max 512gb RM7,299
• Harga iPhone 14 Pro Max 1tb RM8,299

Berikut model-model iPhone 14 yang dijual oleh laman web Apple Malaysia beserta free shipping pada September 2022 :
• iPhone 14 Pro - harga RM5,299 ke atas.
• iPhone 14 - harga RM4,199 ke atas.
• iPhone 143 - harga RM3,199 ke atas.
• iPhone SE - harga RM2,249 ke atas.




Kotak iPhone 14 hanya ada body iPhone dan USB-C to Lightning Cable sahaja. 

Tidak ada kepala pengecas (charger) disertakan.

Setakat ini harga sebuah iPhone yang paling mahal di pasaran Malaysia adalah model iPhone Pro Max 1tb (terrabyte) iaitu RM8,299. Ini harga untuk iPhone yang baru keluar dari kilang dan bukannya iPhone 14 yang di hiasi 'bling-bling' mewah untuk jadikan harganya mahal.

Lawati laman utama blog iAwani untuk berita teknologi terkini.
iAwani Blog Teknologi

info teknologi - perkembangan teknologi masa kini

1 Ulasan

  1. Bagus beli emas lah kalau macam ni. Tahun depan nanti keluar lagi model iPhone baru, membazir saja beli fon mahal-mahal dah macam harga deposit loan kereta

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama