Tik Tok Perkenalkan Fungsi Tik Tok Now

 

tik-tok-now-1-iawani-blog-teknologi.png

Tik Tok memperkenalkan Tik Tik Now, iaitu fungsi untuk mengeluarkan update terkini anda pada masa nyata (in real time) khusus untuk dilihat oleh rakan-rakan dan keluarga anda.

Dalam bulan September 2022 kami perasan aplikasi TikTok seringkali menggesa pengguna agar membenarkan TikTok untuk mengakses senarai Contacts dalam fon pengguna, tujuannya untuk menjadikan penggunaan Tik Tok jadi lebih best, iaitu "more fun with friends and family".

Rupa-rupanya, Tik Tok menggesa pengguna mereka akan menggunakan Tik Tok untuk selalu berhubung dengan rakan-rakan juga ahli keluarga iaitu dengan berkongsi update terkini dalam bentuk video pendek.

Fungsi Tik Tok Now lebih kurang hampir sama dengan aplikasi Be Real, yang mana aplikasi Be Real menggesa penggunanya agar mengongsikan saat-saat terkini dengan rakan-rakan juga ahli keluarga dengan mengeluarkan notifikasi berbunyi "time to be real", yang bermaksud masa untuk mengeluarkan update terkini pengguna tersebut pada masa nyata di apliksi Be Real untuk dilihat oleh rakan-rakan dan keluarga.

Be Real amat berbeza sekali dengan aplikasi social media lain kerana anda perlu keluarkan update terbaru terlebih dahulu kemudian barulah anda boleh lihat update terbaru dari friends juga family anda.

Mengikut update terbaru dari blog rasmi Tik Tok iaitu Tik Tok Newsroom, fungsi Tik Tok Now masih dalam fasa percubaan dan belum lagi ditetapkan sebagai fungsi khusus secara rasmi untuk semua pengguna Tik Tok yang ada pada masa kini.

Untuk pasaran Amerika, Tik Tok memperkenalkan fungsi Tik Tok Now sebagai fungsi khusus terbaharu di dalama aplikasi Tik Tok itu sendiri.

Manakala di negara-negara lain misalnya di negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia, Tik Tok menyatakan mereka akan memperkenalkan Tik Tok Now sebagai aplikasi khusus tersendiri (stand alone app) untuk pengguna-pengguna Tik Tok mengeluarkan update terkini mereka.


Lawati laman utama blog iAwani untuk berita teknologi terkini.

iAwani Blog Teknologi

info teknologi - perkembangan teknologi masa kini

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama