BlackBerry 5G Berkubur Dengan Pemberhentian Operasi OnwardMobility


Pengeluaran BlackBerry 5G Berkubur Dengan Pemberhentian OnwardMobility - Impian peminat-peminat smartphone BlackBerry di Malaysia untuk melihat pengeluaran smartphone BlackBerry model baharu yang menyokong penggunaan 5G (BlackBerry 5G) kini berkubur. BlackBerry smartphone is dead.

Semuanya kerana OnwardMobility, syarikat pembuat smartphone yang sebelum ini diberi lesen menjadi pembuat serta pengeluar smartphone BlackBerry 5G dengan keyboard fizikal dalam 2021 telahpun menghentikan operasi mereka sepenuhnya.

Hal tersebut di umumkan secara rasmi oleh pihak OnwardMobility di satu artikel di muka hadapan laman web rasmi mereka sepertimana dalam screen shot di bawah. Matlamat OnwardMobility untuk mengeluarkan BlackBerry 5G nampaknya menemui jalan buntu.

screen shot laman web OnwardMobility


Model smartphone BlackBerry yang terakhir di keluarkan adalah BlackBerry Evolve X pada Ogos 2018 - beroperasi menggunakan Android 8.1 (Oreo) serta menggunakan talian 4G LTE. Pihak BlackBerry telah memberi lesen kepada Optiemus Infracom untuk membina, mengeluarkan serta memasarkan smartphone BlackBerry Evolve X sepertimana model-model lain sebelum ini.

Untuk projek seterusnya OnwardMobility telah diharapkan untuk membina BlackBerry 5G sepertimana dijangka oleh peminat-peminat BlackBerry. 

Namun dalam Januari 2022 pihak OnwardMobility telah kehilangan hak menggunakan nama dan jenama perniagaan BlackBerry. 

Lesen penggunaan jenama BlackBerry telahpun di tarik balik lalu dibatalkan oleh pihak BlackBerry sendiri.

BlackBerry kini membuat keputusan untuk 'melupakan' juga meninggalkan industri consumer products mereka iaitu bisnes membuat smartphone untuk pengguna biasa. 

John Chen, CEO BlackBerry bahkan telah mengambil keputusan untuk menjual paten hakcipta intelek smartphone BlackBerry pada harga $600 juta US Dollar.

Dari pemerhatian kami nampaknya BlackBerry menumpu kepada bidang lain di dunia teknologi khusus untuk 'enterprises and governments' dan bukannya consumer seperti dulu. 

Slogan BlackBerry juga telah di tukar menjadi "intelligent security, everywhere" yang memberi petanda jelas fokus BlackBerry mulai 2022 ini bukan lagi pada smartphone.

BlackBerry kini lebih fokus kepada keselamatan siber, critical event management solutions, secure communications juga software untuk smart car (BlackBery Ivy).


Lawati laman utama blog iAwani untuk berita teknologi terkini.

iAwani Blog Teknologi

info teknologi - perkembangan teknologi masa kini

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama