Latar Belakang iAwani

iAwani 2022


iAwani merupakan sebuah blog portal teknologi maklumat, inovasi dan komunikasi menumpu kepada berita teknologi iaitu perkembangan teknologi terbaru dan terkini yang berlaku di sekeliling kita.

Blog teknologi iAwani merupakan sebuah laman blog teknologi dalam Bahasa Melayu Malaysia ditulis oleh peminat teknologi.

Artikel blog teknologi ini lebih menumpu kepada kupasan info teknologi terkini, sejarah perkembangan teknologi masa lalu dan pendapat kami terhadap perkembangan teknologi semasa serta impaknya terhadap kehidupan kita di Malaysia.

Tujuan blog iAwani dibina adalah untuk menampilkan sebuah blog teknologi ilmiah, yang bersifat umum, yang kurang teknikal serta yang banyak mengandungi tutorial panduan cara langkah demi langkah dalam Bahasa Melayu masih amat kurang.

Kandungan blog iAwani kini turut banyak menumpu kepada artikel-artikel panjang untuk memberi penerangan terperinci kepada pembaca.

Selain itu blog teknologi iAwnai turut menumpu kepada topik perkembangan teknologi semasa di Malaysia juga di luar negara khususnya perkembangan syarikat-syarikat teknologi besar seperti Microsoft, Samsung, Google, Vivo, Huawei.

Terima kasih kerana berkunjung ke iAwani.

Update terakhir page ini pada 10 Oktober 2022.

Catat Ulasan