YooDo Data 20GB Pada RM20 - Bagaimana Dapatkannya

yoodo-data-promosi-iawani-blog-teknologi-maklumat-terkini-terbaru-1

YooDo Bagi Promosi Data 20GB Pada RM20 - Bagaimana Dapatkannya - Pernah dengar tak nama YooDo ni? Bagi yang dah guna YooDo memang confirm akan biasa dengar dan confirm sudah tahu. 

Tapi pengguna prepaid dari syarikat telekomunikasi di Malaysia yang lain misalnya Tune Talk, Digi, Tone Wow, One XOX juga Celcom sendiri pasti kurang tahu apakebendanya YooDo ni.

YooDo merupakan simkad prepaid dari Celcom. Dengan kehadiran YooDo maknanya Celcom sudah ada 2 jenama prepaid di bawah talian mudah alih mereka iaitu YooDo dan Xpax. Itu belum masuk lagi prepaid lain yang pakai line Celcom iaitu Tune Talk, XOX Mobile juga One XOX.

So, apa yang bestnya guna YooDo? Ada boleh customize dan tetapkan sendiri pelan data dan pelan panggilan. Bahkan anda boleh pilih nak guna pelan data sahaja sepenuhnya tanpa perlu pakai pelan panggilan juga pelan SMS biasa. 

Dalam bulan Februari 2022 pihak Yoodo membuat promosi data sebanyak 20GB pada harga RM20. Promosi ini khusus untuk pengguna simkad prepaid YooDo sahaja.

Untuk dapatkan promosi data itu anda perlu bertukar ke simkad prepaid YooDo (kalau nak kekalkan nombor lama) atau beli sahaja nombor prepaid baru YooDo, kemudian aktifkan simkad tersebut, selepas itu isi kredit prepaid dengan membeli top up reload tambah nilai kredit, selepas tu barulah melanggan. Untuk aktifkan langganan 20GB pada RM20 kredit prepaid sebanyak RM20 akan di tolak oleh YooDo.

Kami di iAwani lihat promosi ini lebih kurang menyamai promosi dari Tune Talk yang menawarkan pelan data mereka dalam konsep 'timbang kati' iaitu data sama dengan harga, misalnya data 35GB Tune Talk pada harga RM35 sahaja ditolak dari kredit prepaid pengguna Tune Talk.

Walaubagaimanapun promosi pelan data 20GB pada harga RM20 YooDo tu adalah untuk pengguna prepaid YooDo yang memilih YooDo Data High Speed sahaja. Jadi apabila beli data 20GB pada RM20 anda hanya akan dapat high speed data bukannya unlimited data. Rujuk pada screenshot di bawah.

yoodo-data-promosi-iawani-blog-teknologi-maklumat-terkini-terbaru-1


Promosi tersebut bukannya untuk pakej YooDo Data Unlimited yang hanya mahu bersambung sepanjang masa ke internet. Seandainya anda memilih YooDo Data Unlimited 20GB harganya adalah RM35 untuk setiap langganan. Bukan RM20.

Sebagai pengguna data internet mudah alih sejak sekian lama kami dapati ini strategi YooDo untuk menarik lebih ramai pengguna telefon mudah alih untuk bertukar ke YooDo kerana selera setiap pengguna berbeza antara satu sama lain berdasarkan penggunaan setiap orang.

Untuk dapatkan promosi data 20GB pada harga RM20 dari YooDo anda perlu tukar talian simkad anda ke Yoodo dengan membeli simkad YooDo. 

Jika sukar untuk beli simkad prepaid YooDo dari kedai-kedai prepaid berhampiran area anda boleh beli terus secara online dari website rasmi YooDo atau membeli dari penjual-penjual simkad prepaid yang aktif di Shopee.

Oh ya jika anda tak pasti nak pakai pakej data mana dari YooDo boleh rujuk kepada perbandingan pakej-pakej data mudah alih dari YooDo melalui gambar di bawah ni.

yoodo-data-promosi-iawani-blog-teknologi-maklumat-terkini-terbaru-1


Berikut senarai penuh semua promosi pakej data dan pakej voice call dari YooDo (senarai ini kami tulis pada pertengahan Februari 2022. Pakej boleh berubah bila-bila masa bergantung pada YooDo).

  • Unlimited Atas - Harga RM43 - Dapat data berkelajuan 6Mbps, 100 minit panggilan, 6GB Hotspot, 2GB Roam Like Home, Add-On 20GB PUBG High Speed.
  • Unlimited Bajet - Harga RM35 - Dapat data unlimited berkelajuan data 3mbps, dapat 100 minit panggilan, 6GB Hotspot, 2GB Roam Like Home. Khusus untuk pengguna yang mahu berbelanja sedikit sahaja.
  • Abam Jimat - Harga RM20 - Dapat data mudah alih high speed 20GB berkelajuan  6Mbps dalam satu langganan. Tiada pecahan data. Tiada pembahagian data mengikut jenis penggunaan. Use as you pay. Ni ngam-ngam.
  • Makcik Bawang - Harga RM26 - Dapat data 20GB, boleh ambil Add On 40 GB (mengandungi 20GB data untuk Facebook dan 20GB data untuk WhatsApp). Tiada peruntukan untuk call, tiada peruntunkan untuk sms, hanya diberi data untuk berFacebook dan berWhatsApp sahaja.
  • GG - RM33 - Dapat 20GB data mudah alih, 4000 minit panggilan, boleh ambil Add-ON20GB untuk PUBG dan lagi 20GB untuk ML:BB. Ngam untuk yang suka bermain games online streaming di handhone.
  • Kepochi - RM51 - Dapat data 40GB, 100 minit panggilan untuk buat call, boleh ambil Add-On 40GB (mengandungi 20GB data untuk Facebook dan 20GB data untuk WhatsApp).
  • The Boss - RM67 - Dapat 30GB data mudah alih, dapat 4000 minit panggilan untuk call sana sini, boleh ambil Add-On 100GB (mengandungi 20GB Facebook, 20GB Instagram, 20GB untuk PUBG, 20GB Netflix, 20GB TikTok). Ngam untuk suri rumah juga yang banyak tengok video-video online streaming untuk hiburan peribadi. 

Jadi pakej data YooDo yang mana satu idaman kalbu? 

Anda boleh pilih sesuai dengan keperluan penggunaan anda. Kalau nak tukar langganan dari pakej ke pakej lain anda kena tahu baki langganan terdahulu akan termansuh dan kredit prepaid sudah tentu akan di tolak lagi untuk membayar kos langganan pakej yang baru.

iAwani Blog Teknologi

info teknologi - perkembangan teknologi masa kini

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama