Kelajuan 5G Amerika Hanya 75Mbps Kata Eric Schmidt Bekas CEO Google

5g-4g-berita-teknologi-iawani-1

Kelajuan 5G Amerika Hanya 75Mbps Kata Eric Schmidt Bekas CEO Google - Amerika jauh ketinggalan dengan China dalam perlumbaan mengejar teknologi 5G. Walaupun Amerika sebuah negara besar dan dipandang sebagai negara maju namun dari segi penguasaan telekomunikasi canggih terbukti Amerika kini semakin jauh ketinggalan khususnya dalam penguasaan internet mudah alih 5G.

Eh, betul ka ni? Ya! Perkara itu dikatakan sendiri oleh Eric Schmidt, bekas CEO Google. Hal ini juga disebabkan oleh polisi Presiden Amerika sebelum ini iaitu Donald Trump yang anti-China serta menghalang segala apa yang berkaitan dengan China termasuklah penggunaan prasarana teknologi telekomunikasi canggih 5G buatan syarikat dari China yang akan memberikan internet laju.

Seperti yang kita tahu teknologi telekomunikasi 5G banyak dipelopori oleh syarikat-syarikat teknologi dari China khususnya Huawei yang merupakan pembuat dan pembekal prasarana telekomunikasi terbesar di dunia juga di China. 

Bahkan semasa Presiden Donald Trump memegang tampuk pemerintahan beliau mengharamkan aplikasi-aplikasi buatan syarikat Amerika (seperti Google) dari di install di smartphone Huawei hanya kerana Google berasal dari Amerika manakala Huawei berasal dari China. 

Sampai begitu sekali. Akibatnya smartphone Huawei model baharu tidak mempunyai Google Play sepertimana smartphone Android lain.

Begitulah macam mana 'kerasnya' pendirian Donald Trump. Presiden Donald Trump bahkan melancarkan 'trade war' dalam diam dengan China hanya kerana tidak mahu China mendominasi teknologi dunia juga tidak mahu China mendominasi ekonomi dunia. Kini kesan dari pendirian Trump itu telah terasa kerana capaian internet di Amerika masih slow.


eric-schmidt-ceo-google-iawani-berita-teknologi-1
Eric Schmidt, bekas CEO Google


Eric Schmidt telah menulis satu artikel dalam Wall Street Journal bercerita mengenai pandangannya terhadap suasana penggunaan internet mudah alih 5G di Amerika.

Menurutnya, internet mudah alih 5G di Amerika agak slow berbanding 5G di negara-negara maju yang lain. Artikel itu di tulis bersama Graham Allison, seorang professor di Universiti Harvard. Kalau Eric Schmidt dah cakap macam tu maknanya dia benar-benar mengakuinya berdasarkan penelitian mendalam kerana dia bukan calang-calang orang.

Kata Eric Schmidt rangkaian 5G di Amerika yang dibekalkan oleh syarikat telekomunikasi di sana misalnya At&T juga Verizon adakalanya lebih perlahan lalu menyamai speed rangkaitan 4G. 

Menurut Eric Schmidt dari pemerhatiannya kelajuan internet 5G di Amerika hanyalah 75 Megabits per second (Mbps), kelajuan internet 5G di China adalah sekitar 300 Megabits per second (Mbps) manakala Korea Selatan pula mencecah kelajuan 400 Mbps. Fuhh laju tuu!

Ingatkan capaian internet mudah alih di Amerika nun laju bedesup sebab gaya hidup di sana yang serba canggih. Rupa-rupanya baru tahu capaian internet mudah alih di bandar-bandar besar di Amerika lebih kurang sama di Malaysia yang kini menggunakan 4G (secara purata dalam 50Mbps - 100Mbps).

Sebagai peminat teknologi kami berharap kita di Malaysia dapat merasai 5G sepenuhnya menjelang 2023-2024. Dengan penamatan 3G di seluruh Malaysia wajarlah kiranya talian internet mudah alih Malaysia beralih ke 5G secara bertahap agar semua dapat merasa.

Kami di Sabah tak perlulah nak panjat pokok lagi semata-mata nak dapat talian internet mudah alih di smartphone.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama